View: 158|Reply: 0
|
Messi merangkul anugerah Laureus
[Copy link]
|
|
Laureus World Sports Awards - Hotel d’Evreux, Paris, France - May 8, 2023 Footballer Lionel Messi poses after winning the 2023 Laureus World Sportsman of the Year Award REUTERS/Johanna Geron
Paris: Bintang Argentina dan Paris Saint Germain Lionel Messi merangkul anugerah berganda apabila dinobatkan pemenang Anugerah Sukan Dunia Laureus bagi kategori individu dan pasukan selepas membantu negaranya memenangi Piala Dunia.
Messi, 35, menjulang Piala Dunia pertamanya di Qatar Disember lalu selepas menang ke atas Perancis menerusi penentuan sepakan penalti sudah cukup buat dirinya meraih anugerah individu manakala pemenang tujuh kali Ballon d'Or turut menerima anugerah pasukan di upacara berprestij yang berlangsung di Paris.
Pemain Argentina yang menghadiri majlis berkenaan bersama isterinya Antonela Roccuzzo, sebelum ini pernah memenangi anugerah berkenaan bersama juara Formula Satu (F1) Britain, Lewis Hamilton pada 2020.
Penghargaan itu menyaksikan Messi yang sebelum ini digantung oleh PSG kerana melakukan lawatan promosi tanpa kebenaran ke Arab Saudi, menewaskan saingan utamanya iaitu rakan sepasukan Kylian Mbappe yang melakukan hatrik hatrik ketika final Piala Dunia di Qatar.
Pelari pecut Jamaica, Shelly-Ann Fraser-Pryce, yang Ogos lalu mengungguli acara 100m dunia buat kelima di Eugene, Oregon, merangkul anugerah atlet wanita manakala juara tenis Terbuka AS Carlos Alcaraz dinobatkan pemenang anugerah Pencapaian Terbaik Dunia.
Sementara itu bintang Denmark dan Manchester United, Christian Eriksen memperoleh Anugerah Kemunculan Kembali.
Eriksen rebah akibat serangan jantung semasa Euro dua tahun lalu kembali beraksi di pentas Eropah selepas pulih sepenuhnya.
Sementara itu, atlet para-atlet Switzerland, Catherine Debrunner, memenangi Anugerah Para selepas memenangi dua maraton.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ul-anugerah-laureus |
|
|
|
|
|
|
| |
|