CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 193|Reply: 0

Sekat City bukan Haaland - Ancelotti

[Copy link]
Post time 9-5-2023 11:18 AM | Show all posts |Read mode

ANCELOTTI bersama pemain ketika sesi latihan menjelang pertembungan dengan City. FOTO Reuters

Madrid: Carlo Ancelotti berkata pemain Real Madrid perlu menghalang keseluruhan pasukan Manchester City dan bukan hanya penyerang Erling Haaland apabila mereka bertemu di separuh akhir Liga Juara-Juara awal pagi ini.

Penyandang rekod juara 14 kali itu akan melayan kunjungan pasukan Pep Guardiola diterajui oleh penyerang dari Norway, Haaland, yang kini sudahpun menjaringkan 51 gol dalam 45 perlawanan dalam semua pertandingan.

Pemain berusia 22 tahun itu sudahpun meledak 12 gol dari lapan perlawanan Liga Juara-Juara, tetapi Ancelotti berkata perancangannya adalah untuk menggagalkan pasukan City yang kelihatan "tidak dapat dihalang" secara keseluruhan.

"Jelas sekali Haaland adalah pemain yang sangat berbahaya. Dia menunjukkan kualiti yang mengagumkan, terutamanya dalam menjaringkan gol. Memang dia adalah satu ancaman," kata Ancelotti.

"Cuma apabila bercakap tentang Haaland tidak bermakna kami tidak bercakap mengenai pasukan lengkap yang bermain bola sepak yang bagus, bertahan dengan baik, menyerang, yang mempunyai idea.

"Kami tidak hanya mahu menghentikan Haaland, tetapi menghentikan pasukan yang kelihatan seperti tidak dapat dihalang tetapi saya fikir kami mempunyai peluang untuk perlawanan yang seimbang dan kami boleh menang."

City sudah dikecewakan berkali-kali dalam usaha mereka memenangi Liga Juara-Juara, tetapi kehadiran penyerang 'maut' Haaland memberi mereka peluang untuk menewaskan Madrid dan mara ke final.

Ancelotti berpendapat Manchester City mempunyai lebih banyak cara untuk menimbulkan bahaya dengan Haaland di sisi.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-haaland-ancelotti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.046073 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list