CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 153|Reply: 0

Eriksen gesa pasukan tak salahkan De Gea

[Copy link]
Post time 9-5-2023 11:17 AM | Show all posts |Read mode

ERIKSEN ketika menjalani latihan bersama rakan pasukan United. FOTO Reuters


London: Christian Eriksen menggesa rakan sepasukannya di Manchester United tidak mula menyalahkan sesiapa ketika mereka berada dalam kedudukan berbahaya sekarang ini.

Kesilapan David de Gea yang gagal menampan kemas memberi kemenangan 1-0 kepada West Ham pada perlawanan Ahad lalu.

Percubaan Said Benrahma dari jarak jauh yang gagal ditampan kemas gol Red Devils, 32, menambah rentetan kesilapan yang dilakukan penjaga gol itu tahun ini.

Namun pemain tengah Eriksen, yang memenangi anugerah Kemunculan Semula Laureus selepas serangan jantungnya pada 2021, menegaskan: "Sesiapa sahaja boleh melakukan kesilapan kecil.

"David tergelincir dan ia menjadi sukar di situ, tetapi dia juga adalah salah satu sebab di mana kita berada sekarang.

"Sukar sebagai penjaga gol kerana jika anda melakukan kesilapan, ia adalah gol."

Barisan pemain Erik ten Hag kelihatan mula kekurangan tenaga ketika berkunjung ke Timur London yang juga aksi ke-57 musim ini.

Mereka hanya memperoleh empat mata dari 12 mata yang ditawarkan.

Dan mereka kini di tekan Liverpool yang berada di tempat kelima ketinggalan hanya satu mata belakang namun bermain lebih satu perlawanan.

Kegagalan untuk layak ke Liga Juara-Juara adalah malapetaka buat United dan Ten Hag juga mengakui ia akan menjejaskan peluang mereka untuk mengukuhkan skuad musim panas ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tak-salahkan-de-gea
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.110131 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list