View: 198|Reply: 0
|
Selepas Madrid, Alcaraz intai trofi Rome
[Copy link]
|
|
ALCARAZ dapat mengekalkan kejuaraan di Madrid. FOTO AFP
Madrid: Carlos Alcaraz tidak sabar untuk ke Itali minggu depan bagi beraksi di Master Rome buat kali pertama dalam kariernya dan merampas kedudukan nombor satu daripada Novak Djokovic.
Selepas mengekalkan kejayaan di Madrid hari ini dengan menumpaskan, Jan-Lennard Struff 6-4 3-6 6-3, Alcaraz hanya perlu tampil dan bermain di Rome untuk memintas Djokovic.
Kedudukan ranking berdasarkan pungutan mata yang dipungut di setiap kejohanan, di mana ia akan luput setiap tahun.
Bagi mengekalkan mata yang dimenangi di mana-mana kejohanan setiap pemain harus menyamai rekod tahun atau lebih baik berbanding tahun sebelumnya.
Alcaraz tidak beraksi di Master Rome tahun lalu berikutan kecederaan buku lali, jadi dia tidak ada mata untuk perlu dipertahankan, manakala Djokovic muncul juara tahun lalu dan dengan itu tidak dapat meningkatkan jumlah mata keseluruhannya.
"Saya seorang yang bercita-cita tinggi dan mahu sepenuhnya mencatat kemenangan di Rome.
"Apa yang saya capai adalah sesuatu yang besar. Saya baru sahaja memenangi gelaran ke-10 saya, Masters 1000 keempat saya, gelaran berturut-turut di sini di Madrid dan sangat hampir untuk merampas semula kedudukan nombor satu dunia.
"Ia adalah detik istimewa dan saya sangat berbangga dengan apa yang saya capai. Kerja yang saya lakukan," kata Alcaraz.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... az-intai-trofi-rome |
|
|
|
|
|
|
| |
|