CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 228|Reply: 0

Hamilton tak akan berhenti buru gelaran kelapan

[Copy link]
Post time 3-5-2023 03:04 PM | Show all posts |Read mode

HAMILTON belum pasti terus bersama Mercedes musim depan.

London: Bekas juara dunia Jenson Button menjangkakan Lewis Hamilton akan memburu rekod gelaran kelapan Formula Satu tahun depan walaupun masa depannya bersama Mercedes belum dapat dipastikan.

Hamilton akan berusia 39 tahun pada 2024 dan tidak menang perlumbaan sejak menjuarai Grand Prix Arab Saudi pada Disember 2021 yang juga gelaran ke-103nya.

Kontrak jaguh Britain itu tamat penghujung musim ini dan spekulasi tercetus mengenai masa depannya walaupun dia dan pasukannya berkata mereka mahukan perjanjian baharu.

"Saya tak fikir Lewis akan meninggalkan sukan ini," kata Button kepada wartawan hari ini.

"Sebagai pemandu kereta lumba, anda ada dua perkara; Satu, jika anda menang dalam tempoh lama dan tiba-tiba gagal, anda akan kembali berjuang untuk kemenangan. Jadi anda tidak akan bersara," kata juara 2009 itu.

"Jika anda memandu kereta yang teruk, anda mahu bersara kerana ia melemahkan anda. Lewis tidak berada dalam kereta yang teruk cuma dia memandu kereta yang tidak sebagus seperti biasa dipandunya.

"Tetapi saya fikir dia tahu kekuatan pasukan, jadi saya rasa dia akan terus bekerjasama dengan pasukannya menentang Red Bull," kata Button yang bergandingan dengan Hamilton di McLaren antara 2010-12.

"Mungkin tidak tahun ini tetapi 2024, saya fikir anda boleh menyaksikan Hamilton di grid. Dia masih laparkan satu lagi gelaran dunia."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... uru-gelaran-kelapan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.045347 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list