CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3040|Reply: 11

Kaji larangan motosikal masuk bandar

[Copy link]
Post time 3-12-2010 09:47 PM | Show all posts |Read mode
Kaji larangan motosikal masuk bandar
Oleh Hardi Effendi Yaacob

2010/12/03Bendung jenayah jalanan  berleluasa

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mengkaji cadangan menguatkuasakan larangan motosikal persendirian memasuki bandar raya ini sebagai usaha terbaru membendung kegiatan jenayah jalanan, termasuk masalah sosial daripada terus berleluasa.

Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata cadangan itu juga bertepatan dengan hasrat kerajaan menjadikan bandar raya ini sebuah metropolitan yang selamat dan sejahtera melalui pelaksanaan Pelan Greater Kuala Lumpur.
Konsep Kuala Lumpur Bebas Motosikal harus dikaji, seterusnya dipertimbangkan untuk dilaksanakan kerana potensinya dalam membantu usaha kita memerangi jenayah jalanan, terutama membabitkan kes samun dan ragut sekitar bandar raya.
Ini sekali gus menyumbang kepada penurunan indeks jenayah di Kuala Lumpur pada masa depan seperti dicapai sepanjang tahun ini yang lebih baik daripada sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ditetapkan kerajaan, katanya.

Beliau berkata demikian kepada Berita Harian selepas majlis serah tugas Ketua Polis Kuala Lumpur kepada penggantinya, Datuk Zulkifli Abdullah sambil disaksikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Difahamkan, pendekatan sama turut diamalkan di China, Syria dan beberapa negara Timur Tengah ketika ini khusus bagi membanteras penjenayah bermotosikal.

Bagaimanapun, kerajaan perlu mengkaji secara terperinci kesesuaian cadangan itu termasuk mengambil kira faktor ekonomi kerana motosikal masih menjadi pengangkutan utama di kalangan rakyat negara ini, terutama   mereka berpendapatan rendah dan sederhana.
Muhammad Sabtu yang kini  memegang portfolio Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, berkata kertas kerja mengenai cadangan itu sudah dikemukakan kepada pihak berkenaan untuk diteliti.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kajilaranganmotosikalmasukbandar/Article

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2010 11:54 PM | Show all posts
bodoh bertingkat2 .. jenih mcm ni pun ada jawatan penting dlm negara ke..??
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2010 08:41 AM | Show all posts
dalam 4-5 tahun lepas kan dah ada cadangan camni...pehtu senyap......la ni timbul balik.....

mmg bodoh betingkat2....tahulah awak tu tak pernah tunggang motor .....bg cadangan mcm haprak....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2010 08:41 AM | Show all posts
bodoh bertingkat2 .. jenih mcm ni pun ada jawatan penting dlm negara ke..??
Alt-F4 Post at 3-12-2010 11:54 PM


Yg bg cadangan tu pun bekas je Alt...mmg budus pun...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2010 12:26 PM | Show all posts
despatch mcm ai ni naik lrt la yea
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2010 12:58 PM | Show all posts
bagi aku msalah samseng mat rempit ni mana boleh selesai macam ni ja. kena pergi pada 'root of the problem' lah. ni budak2 rempit elok je tiap2 minggu 50-80 orang konvoi sampai halang laluan orang. polis dengan evo, satelit semua xkan x dapat tangkap. kesian la kat pakcik makcik yg x mampu beli kereta tu. nk beli kereta lagi. nak buat lesen lagi. parah!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2010 11:43 PM | Show all posts
tak berapa setuju. takkan sbb nyamuk seekor nak dibakar satu kelambu.
parah lagi jem kat KL. parking tak cukup. public transport... errr... sendiri mau ingat la.
beribu motorsikal masuk KL hari-hari. so gantikan motorsikal ni dengan kereta. gila...
andaikata hanya lorong atau jalan tertentu shj larangan motorsikal, pun susah gak la.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 07:16 AM | Show all posts
dah penguatkuasa tak strict, sbb tu jenyah tinggi... pastu nk salah kan bikers lak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2010 10:19 AM | Show all posts
harga kete kalo murah xpe...kalo mampu dh lama dh aku beli kete.hampeh tol dorang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 12:24 PM | Show all posts
alah aus.. aku yg dah ada keta pun tak setuju  ngan cadangan ni..

jenayah ni bukan masalah naik moto ke keta..

moto atau keta tu hanya tools utk buat jenayah.. bukan punca sebenar jenayah..

letak lagi ramai anggota kat tmpat panas.. lg pun skang ni anggota pdrm pun bukan cukup.. nisbah pun tinggi..

kemasukan baru pun aku rasa still tak cukup.. so tambahkan lagi anggota kat tmpat panas..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 12:53 AM | Show all posts
jaga tingkah laku anda dan ank anda... maka selesailah problem...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 06:33 PM | Show all posts
Tak praktikal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.348510 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list