CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 237|Reply: 0

[Johor] Pencuci mulut RM1.80 laris

[Copy link]
Post time 9-4-2023 01:32 PM | Show all posts |Read mode

Darwan menunjukkan kek batik yang dijual pada harga RM1.80 di Bazar Ramadan UTM. FOTO OMAR AHMAD

Johor Bahru: Tidak banyak keuntungan diperoleh dengan menjual harga sepotong kek RM1.80, namun percaya rezeki akan digandakan dengan bersedekah dan membantu.

Pengusaha Limpahan Dessert, Darwan Darmuzi, 30, berkata hasilnya tidak sampai dua jam berniaga di Bazar Ramadan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini, lebih 30 jenis pencuci mulut yang dijual pada harga RM1.80 habis licin.

Antara yang dijual dengan harga RM1.80 ialah kek potong, pelbagai jenis tart buah, chesse tart, brownies, pavlova dan pastri lain.

"Sejak berkecimpung dalam bidang pembuatan roti dan pastri enam tahun lalu, ini adalah kami pertama saya bersama isteri, Safiah Tulisman, 34, berniaga di bazar Ramadan.

"Setiap kek dan pastri dijual pada harga RM1.80 bagi menyahut seruan kerajaan untuk menjual makanan dengan harga Rahmah.

"Alhamdulillah setiap hari sejak awal Ramadan, kami mula buka meja jam 4 petang, tidak sampai jam 6 petang lebih 30 jenis pelbagai pencuci mulut habis terjual. Kami tidak sangka sambutan di luar jangkaan," katanya ketika ditemui di Bazar Ramadan UTM di sini,

Menurut Darwan, dia percaya biarpun dijual pada harga lebih murah, yang penting kesemua kek dan manisannya habis dijual.

Katanya pernah mendengar keluhan pelanggan mengenai harga kek dan manisan yang tinggi sehingga RM9 untuk sepotong kek.

"Disebabkan itu idea untuk meletakkan harga RM1.80 ini tercetus dan kami cuba mencipta menu ini untuk golongan B40 khususnya pelajar UTM

"Kalau kira keuntungan boleh dikatakan tidak besar tetapi kita sambil membantu bersedekah insya-Allah ada rezeki. Kita mahu pelanggan dapat rasa air tangan kita dan mungkin satu hari nanti mereka akan menempah dengan harga sebenar.

"Kenaikan harga barang memang ada tetapi kita kena bijak untuk memilih setiap produk yang kita buat. Kita kena tahu siapa pelanggan yang akan membeli, kalau contoh yang datang banyak B40 kita kena cipta satu menu yang lebih sesuai untuk mereka.

"Saya jual pada saiz yang bersesuaian kerana kebanyakan pelanggan membeli untuk merasa pelbagai jenis pencuci mulut. Niat saya nak wujudkan pencuci mulut mampu dibeli dan dirasa," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-mulut-rm180-laris
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.040999 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list