CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 218|Reply: 0

[Johor] Dua maut, seorang parah, Honda Civic rempuh kenderaan di pusat servis

[Copy link]
Post time 9-4-2023 12:39 PM | Show all posts |Read mode

DUA lelaki maut manakala seorang parah selepas Honda Civic dinaiki terbabas dan melanggar empat kenderaan di hadapan pusat servis di KM 11 Jalan Kluang. FOTO ihsan bomba

Batu Pahat: Dua lelaki maut manakala seorang parah selepas Honda Civic dinaiki terbabas dan melanggar empat kenderaan yang diletakkan di hadapan sebuah pusat servis di Kilometer (KM) 11 Jalan Kluang, Batu Pahat, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mangsa yang maut ialah pemandu, Teo Kai Hong, 22, dan penumpang belakang, Marcus Teo Howe Yue, 19, manakala penumpang hadapan berusia 19 tahun yang cedera parah belum dikenal pasti identitinya.

Katanya, mangsa dipercayai keluar bersiar di sekitar daerah ini sebelum kejadian.

"Kemalangan dipercayai berlaku pada 12.50 tengah malam apabila Honda Civic itu terbabas ke kiri dan melanggar empat kenderaan di hadapan pusat servis.

"Akibat kejadian itu, pemandu dan penumpang belakang meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang hadapan parah. Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram dengan 12 anggota dihantar ke tempat kejadian.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Shahrul Nizam Sadri berkata, dua mangsa tersepit dan seorang mangsa keluar sendiri sebelum pasukan keluaran operasi (PKO) tiba di lokasi kejadian.

"Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Katanya, operasi ditamatkan pada jam 1.44 pagi.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aan-di-pusat-servis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.988852 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list