CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

[Johor] Pengemis kerdil warga Pakistan ditahan

[Copy link]
Post time 6-4-2023 08:32 AM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar video tular seorang lelaki kerdil warga Pakistan ditahan polis kerana mengemis.

Pasir Gudang: Seorang lelaki kerdil yang dipercayai mengemis di sekitar bandar raya ini ditahan polis, semalam.

Lelaki warga Pakistan berusia 29 tahun itu ditahan bersama sejumlah wang di persimpangan lampu isyarat di kawasan Masai di sini, pada 1 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, lelaki itu ditahan ketika ketua balai polis Masai bersama anggota membuat rondaan di kawasan itu.

"Turut ditemui wang tunai sejumlah RM97 dipercayai wang hasil kutipan mengemis dan telefon bimbit jenama Oppo A12E.

"Suspek ditahan kerana menjalankan aktiviti meminta sedekah di tempat awam dan hasil semakan mendapati pas lawatan sosial sudah tamat pada 7 Disember 2022," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 27(c) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, suspek ditahan reman selama empat hari mulai hari ini hingga 8 April.

Terdahulu, tular di media sosial lelaki berkenaan menagih simpati ramai di bandar raya ini bersama seorang lagi lelaki.

Malah dalam video berkenaan, kedua-duanya didapati memiliki sejumlah wang di beg masing-masing dipercayai hasil mengemis.

Netizen juga mendakwa pernah terserempak dengan lelaki kerdil termasuk di Kuala Lumpur dan pernah terbabit kegiatan sama.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ga-pakistan-ditahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.181016 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list