CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2201|Reply: 0

[Johor] Warga asing bergaduh hingga maut ditikam

[Copy link]
Post time 4-4-2023 09:09 AM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru: Sudahlah mabuk, bergaduh pula hingga menyebabkan rakan maut ditikam dalam kejadian di bilik sewa di bangunan kedai Taman Desa Cemerlang, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, seorang lelaki warga asing berusia 32 tahun maut dipercayai ditikam dalam kejadian itu.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.14 malam berkaitan kes pergaduhan membabitkan sekumpulan warga asing.

"Bertindak atas maklumat berkenaan pada jam 11.45 malam, sepasukan polis dari bahagian D9 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam dan Balai Polis Desa Cemerlang ke lokasi kejadian.

Menurutnya, polis menahan tujuh lelaki berusia antara 22 hingga 51 tahun serta seorang wanita berusia 35 tahun.

"Hasil siasatan mendapati pergaduhan membabitkan sekumpulan warga asing berpunca daripada beberapa suspek yang mabuk.

"Akibat pergaduhan, dua lelaki mengalami kecederaan termasuk salah seorang daripadanya meninggal dunia.

"Mangsa berusia 32 tahun maut akibat ditikam dengan objek tajam di bahagian kiri dada manakala seorang lelaki berusia 51 tahun mengalami kecederaan di bahagian lengan tangan kanan," katanya.

Sohaimi berkata, lelaki yang maut dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi tujuan bedah siasat manakala mangsa mengalami kecederaan yang juga antara suspek menjalani rawatan di hospital berkenaan.

"Kesemua suspek ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari bermula hari ini hingga Khamis.

"Polis mengesan seorang lagi suspek dikenali sebagai Myint Hlaing berusia 41 tahun yang juga warga Myanmar bagi membantu siasatan," katanya.

Orang ramai yang memiliki maklumat berkaitan suspek boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Asisten Superintendan (ASP) Nik Samsuriah Daud di talian 013-7272120 atau 07-3864222.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hingga-maut-ditikam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.065919 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list