CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4952|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Petani mengaku tidak bersalah beri pinjaman wang tanpa lesen

[Copy link]
Post time 3-4-2023 02:49 PM | Show all posts |Read mode

HOE Kian Lim dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini, atas tuduhan memberi pinjaman wang tanpa lesen dua tahun lalu.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.

KUALA PILAH: Seorang petani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, di sini, hari ini atas tuduhan memberi pinjaman wang tanpa lesen kepada pembalak di daerah Jempol, dua tahun lalu.

Hoe Kian Lim, 52, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Norma Ismail.

Berdasarkan pertuduhan, antara 16 September 2020 hingga 18 April 2021 di Ladang Geddes, Jempol, tertuduh telah menjalankan perniagaan sebagai pemberi pinjaman wang tanpa lesen kepada seorang lelaki warga emas dengan jumlah RM474,000.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang (APPW) 1951 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM250,000 sehingga RM1 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Muhammad Amirul dalam hujahannya tidak menawarkan sebarang wang jaminan dan sekiranya mahkamah membenarkan, pihak pendakwaan memohon satu jumlah yang tinggi, selain syarat tambahan.

Menurutnya, ini berikutan tertuduh bersama dua lelaki lain datang ke rumah peminjam pada hari perayaan Tahun Baharu Cina yang lalu untuk membuat kacau ganggu jika peminjam tidak membuat pembayaran.

Tertuduh pula dalam rayuannya memberitahu ingin menyelesaikan kes itu selain meminta jaminan memandangkan mempunyai dua anak yang masih bersekolah.

Norma kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan iaitu tidak mengganggu saksi atau mangsa dan sekiranya perkara itu berlaku, jaminan akan ditarik balik

Norma menetapkan  3 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes. Difahamkan tertuduh membuat pembayaran wang jaminan tersebut.-UTUSAN.

https://www.utusan.com.my/berita ... n-wang-tanpa-lesen/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.132872 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list