View: 2446|Reply: 0
|
Pengadil Liga Perancis dilarang hentikan perlawanan ketika Ramadan
[Copy link]
|
|
ANTARA aksi Liga Perancis membabitkan Marseille dan Montpellier, awal pagi tadi. FOTO AFP
Paris: Persekutuan bola sepak Perancis memberitahu pengadil bahawa mereka tidak boleh menghentikan perlawanan bagi membolehkan pemain beragama Islam berbuka puasa sepanjang Ramadan, lapor media semalam.
Tidak seperti Liga Perdana England yang membenarkannya, amalan itu tidak mematuhi statut Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF), lapor beberapa media selepas badan iinduk itu menghantar emel kepada pengadil, kelmarin.
Menurut laporan berkenaan, pihak persekutuan mendapati perlawanan akan terganggu apabila membenarkan pemain berbuka puasa ketika Ramadan.
"Ideanya ialah ada masa untuk segala-galanya. Masa untuk bersukan, masa untuk mengamalkan agama masing-masing," kata Eric Borghini, ketua suruhanjaya pengadil persekutuan di FFF.
Dia berkata FFF mendapati bahawa beberapa perlawanan peringkat amatur telah dihentikan untuk membolehkan pemain yang berpuasa berbuka seketika.
Perkara itu tidak dibenarkan dalam peraturan, katanya, sambil menegaskan bahawa ia termasuk menghormati prinsip sekularisme dalam bola sepak.
Bola sepak Inggeris mengambil keputusan sebaliknya dan akan membenarkan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) dihentikan sementara pada bulan suci Ramadan, di mana umat Islam menahan diri makan dan minum dari matahari terbit hingga terbenam.
Ditanya mengenai isu itu, jurulatih Nice, Didier Digard berkata, beberapa pemain beragama Islam dalam pasukan itu menyambut Ramadan tanpa sebarang masalah.
Walaupun katanya adalah baik jika Perancis membenarkan tempoh rehat seketika itu, dia menambah: "Tiada siapa yang peduli jika mereka tidak melakukannya. Kerana kita bukan dalam negara Islam. Anda perlu menerima peraturan negara yang anda tinggal."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... anan-ketika-ramadan |
|
|
|
|
|
|
| |
|