View: 1869|Reply: 0
|
'Normal buat silap, kita manusia' - Van Dijk
[Copy link]
|
|
Pertahanan Belanda, Nathan Ake (kanan) meraikan jaringannya bersama Virgil van Dijk ketika menentang Gibraltar di Stadion Feijenoord 'De Kuip' dekat Rotterdam. - AFP
LONDON: Virgil van Dijk membalas kritikan terhadapnya oleh bekas pemain antarabangsa Belanda, Marco van Basten dan Ruud Gullit selepas Belanda dibelasah 4-0 oleh Perancis.
Bercakap selepas kemenangan 3-0 pasukan itu mengatasi Gibraltar kelmarin, pertahanan Liverpool itu meminta pemahaman lebih baik terhadap pergelutan bagi mencapai tahap konsisten yang kadangkala memberi kesan terhadap pemain.
Ketika ditanya mengenai kritikan oleh Ziggo Sport, Van Dijk sebenarnya tidak menyedari komen dikeluarkan Van Basten dan Gullit.
"Ia jelas bahawa kami bermain buruk," kata Van Dijk mengenai persembahan keseluruhan skuad itu berdepan Perancis di Paris.
"Saya seorang daripada pemain paling berpengalaman, jadi ia memang berlaku."
Selepas perlawanan pada Jumaat, Van Basten membidas ketua pasukan kebangsaan itu dengan berkata dia 'membuat bising tetapi tidak berkata apa-apa'.
"Dia tidak jelas. Kapten yang bagus memikirkan sesuatu dengan lantang, menjelaskan apa yang berlaku. Dia berada di tengah-tengah. Dia mencipta kekecohan. Itu membawa kepada salah faham," katanya.
Gullit juga bersetuju dengan bekas bintang Chelsea itu menambah bahawa pemain Reds itu 'sombong'.
Dua pemain berkenaan memiiki gabungan 124 kaps beraksi buat Oranje, dan sebahagian skuad yang menang Kejohanan Eropah pada 1988.
Ketika diberitahu mengenai komen rakan senegaranya itu, Van Dijk lebih terbuka dan jelas.
"Ini tidak berguna buat saya. Semua orang boleh mengeluarkan pandangan hari ini.
"(Tapi) adakah saya meletakkan sasaran yang tidak realistik? Bagaimana ia terjadi? Ia tidak pernah sempurna – konsisten adalah perkataan lebih tepat.
"Kami ada banyak kejayaan bersama pasukan. Pemain bola sepak, mereka (Van Basten dan Gullit) lebih tahu berbanding orang lain, melalui tahap tertinggi dan jurang yang dalam."
Pemain berusia 31 tahun itu menambah: "Adalah sesuatu yang normal jika anda tidak boleh sentiasa bermain dengan konsisten. Bahawa anda ada fasa sebagai kelab dan pemain yang melihat tahap sebenar anda."
"Orang tidak seharusnya lupa. Normal jika melakukan kesilapan, itu adalah sebahagian daripada bola sepak dan kita menusia. Siapa yang diberikan pentas dan dibenarkan untuk berkata apa sahaja, jadi perkara itu diperbesar-besarkan." - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ta-manusia-van-dijk |
|
|
|
|
|
|
| |
|