CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5941|Reply: 3

Marquez raih petak utama GP Portugal

[Copy link]
Post time 26-3-2023 10:03 AM | Show all posts |Read mode

MARQUEZ berjaya memberi tunggangan mantap di ujian masa GP Portugal. FOTO AFP

Portimao: Pelumba Honda, Marc Marquez berjaya meraih petak utama dalam aksi pembukaan musim Grand Prix (GP) Portugal di mana rekod sepusingan Litar Portimao berjaya dipecahkan sebanyak empat kali.

Marquez mula-mula mencipta rekod sepusingan di litar berkenaan untuk mendahului Q1 dan masuk ke Q2 bersama-sama dengan pelumba kegemaran tempatan, Miguel Oliveira.

Tetapi rekod pusingan itu bertahan hanya beberapa minit apabila Jack Miller meluncur lebih laju dengan jentera KTM Red Bull baharunya.

Pelumba Australia itu, yang beraksi bersama Ducati sebelum ini, merasakan ia mungkin belum mencukupi dan keluar sekali lagi, namun terjatuh selekoh ketiga tatkala juara bertahan Francesco Bagnaia pula berjaya memecahkan rekod.

Bagaimanapun, juara dunia enam kali, Marquez belum selesai dan sebelum sesi kelayakan berakhir, pelumba Sepanyol itu menundukkan kepalanya untuk mencatatkan pusingan terpantas dengan masa 1 minit 37.226 saat.

Marquez akan disertai Bagnaia dan pelumba Pramac Racing, Jorge Martin di barisan hadapan, manakala Oliveira bermula dari petak keempat sebaris dengan Miller serta Bastianini.

Bekas juara, Joan Mir, yang berpindah dari Suzuki ke Honda, gagal mara di Q1 dan memulakan perlumbaan di petak ke-14.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... k-utama-gp-portugal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2023 12:34 PM | Show all posts
Tahniah diucapkan
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Horific crash on race day… mende ahhhh



Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
-astuhhhh declared unfit plakk dahhh

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.036051 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list