View: 5206|Reply: 0
|
'Agama nombor satu, Salah contoh Muslim terbaik'
[Copy link]
|
|
DOUCOURE meraikan jaringannya ketika bertemu Chelsea di Stamford Bridge, 18 Mac lalu FOTO AP
London: Sama seperti berbilion-bilion umat Islam di seluruh dunia, pemain tengah Everton, Abdoulaye Doucoure menantikan bulan Ramadan setiap tahun apabila dia tidak makan dan minum dari subuh hingga senja selama 30 hari.
Walaupun sesetengah orang percaya berpuasa boleh memberikan cabaran sukar kepada atlet, Doucoure kekal mengamalkan kepercayaannya dan bermain bola sepak seperti biasa di England.
"Saya sentiasa sukakan Ramadan," kata pemain tengah Everton, Abdoulaye Doucoure kepada BBC Sport.
"Di Liga Perdana, anda bebas melakukan apa sahaja yang sesuai dengan anda, mereka tidak akan melakukan apa-apa yang bertentangan dengan kepercayaan anda dan ini sangat hebat.
Dilahirkan di Paris dengan ibu bapanya warga Mali, Doucoure berhijrah ke England pada 2016. Dia menyertai Everton pada 2019.
"Keluarga saya sangat mementingkan agama, jadi saya belajar bagaimana menjadi seorang Muslim yang baik dan bagi saya itu sangat penting. Iman saya membantu mengharungi banyak cabaran, jadi ia sangat penting bagi saya.
"Agama saya adalah perkara paling penting dalam hidup saya. Saya dahulukan agama saya, kemudian barulah kerja saya. Anda boleh melakukan kedua-duanya bersama-sama dan saya gembira dengan kehidupan seperti ini.
"Apabila ada masa lapang, kesempatan itu akan saya sentiasa gunakan untuk pergi ke masjid untuk solat dan juga mendalami agama saya di rumah."
Mengetepikan persaingan bola sepak, Doucoure berkata dia sangat senang melihat Mohamed Salah dan Sadio Mane.
"Saya suka Sadio Mane dan Mohamed Salah," katanya mengenai gandingan pemain Muslim itu, yang membentuk serangan mantap untuk Liverpool sebelum Mane menyertai Bayern Munich.
Bagi Doucoure, Salah memberikan contoh teladan Muslim yang sempurna di Liverpool dan England.
"Sebagai pemain bola sepak, anda sentiasa mahu menjadi contoh dan Mohamed Salah adalah salah seorang daripada mereka. Dia bermain dengan baik di kelabnya, jadi ramai menyukainya, tetapi mereka juga belajar mengenai agamanya iaitu Islam. Dia adalah contoh yang baik," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ntoh-muslim-terbaik |
|
|
|
|
|
|
| |
|