View: 2888|Reply: 0
|
Perancis buka era baharu hadapi Belanda
[Copy link]
|
|
MBAPPE (kanan) ketika sesi latihan bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
Paris: Tiga bulan selepas kekalahan perit di final Piala Dunia dekat Doha, Perancis memulakan era baharu dengan beberapa pemain veteran sudah bersara dan Kylian Mbappe kini menggalas tugas kapten untuk kempen kelayakan Euro 2024.
Kesan daripada kekalahan menerusi sepakan penalti kepada Argentina di Qatar agak besar dalam kem Perancis.
Tidak semua pihak di Perancis bersetuju dengan keputusan untuk melanjutkan kontrak Didier Deschamps selaku jurulatih yang berkhidmat sejak 2012, lebih-lebih lagi Zinedine Zidane dilihat sebagai pengganti yang ideal.
Di atas padang, nama terbesar yang perlu diketepikan ialah penjaga gol Hugo Lloris, yang bersara daripada tugasan antarabangsa pada usia 36 tahun dan selepas lebih sedekad sebagai kapten.
Penjaga Tottenham itu menjadi pemain Perancis yang paling banyak beraksi semasa Piala Dunia dan pengundurannya menyaksikan Deschamps memerlukan penjaga gol baharu serta kapten baharu.
Dengan penjaga gol simpanan, Steve Mandanda turut berundur, Mike Maignan dari AC Milan akan menggalas tugas menjaga gawang Perancis yang menanti kunjungan Belanda ke Stade de France, awal pagi Sabtu ini untuk kempen kelayakan Euro 2024.
Mbappe pula menggalas tugas kapten selepas mempamer kepimpinan yang baik apabila meledak hatrik ketika aksi final tahun lalu.
Malah pada usia 24 tahun, penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu secara realistiknya boleh menjadi kapten Perancis selama sedekad.
Kylian mempunyai pakej lengkap untuk menggalas tanggungjawab tambahan itu. Tapi ia tidak bermakna Antoine (Griezmann) diketepikan kerana dia sentiasa menjadi pemain penting.
"Anda tidak boleh menggantikan pemain yang sudah lama berada di sana, sebaliknya ia memerlukan masa," kata akui Deschamps merujuk kepada Lloris.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... haru-hadapi-belanda |
|
|
|
|
|
|
| |
|