View: 5039|Reply: 0
|
KDA FC menang tipis di Kota Bharu
[Copy link]
|
|
KDA FC menang tipis di Kota Bharu
PEMAIN Kelantan United FC, Devid De Santana Silva (tengah) menanduk bola selepas diasak oleh pemain Kedah Darul Aman FC, pada perlawanan Liga Super 2023 di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Kota Bharu: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menang tipis 3-2 ke atas Kelantan United FC (KUFC) dalam saingan Liga Super, malam ini.
KUFC terlebih dahulu ceria dengan jaringan pertama oleh import Brazil, Devid De Santana Silva minit ke-20.
Bagaimanapun, pasukan tuan rumah dikejutkan dengan gol penyamaan KDA FC hasil jaringan Willian Lira Sousa selang 14 minit.
Jaringan Sousa menaikkan motivasi sang kenari yang membuat beberapa asakan di gawang gol tuan rumah menerusi ubi muda, Mohammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin minit ke-37 dan minit ke-41.
Namun kedua cubaan bahaya itu gagal membolosi gol dijaga Ahmad Asyraaf Omar. Gol kedua pelawat hadir selepas sepakan penalti disempurnakan Manuel Federico Hidalgo Gasparini minit ke-45.
Tambahan masa di babak pertama menyaksikan import KUFC, Jose Elmer Porteria nyaris menggandakan gol tuan rumah namun tersasar ke tepi gawang. Kedudukan kekal 1-2 hingga tamat wisel separuh masa pertama.
Memasuki babak kedua, sang kenari gagal menambah gol apabila penalti Lee Andrew Tuck melambung tinggi ke gawang.
Minit ke-60, KUFC turut mengecewakan penonton di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu apabila penalti mudah dibaca Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi yang mendakap kemas bola.
Kedah terus menjarakkan jaringan menerusi jaringan Mohamad Al Hafiz Harun yang mudah melorong masuk gol selepas Asyraf Omar sudah tertewas di hadapan gol minit 79.
Seminit kemudian, tandukan Manuel Hidalgo tersasar ke tiang gol. Sang Kijang Hijau akhirnya berjaya mendapatkan gol kedua hasil sepakan penalti diambil Yan Victor minit ke-88 menjadikan KDA FC menang tipis 3-2 ke atas pasukan kendalian Thomas Trucha.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tipis-di-kota-bharu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|