View: 2747|Reply: 0
|
JDT cipta plot bersiri ‘Drama 7 gol’
[Copy link]
|
|
PARA pemain meraikan jaringan ketika JDT membelasah NSFC 7-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. - MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
JDT cipta plot bersiri ‘Drama 7 gol’
JUARA bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mencipta plot sedih dalam ‘Drama 7 Gol’ selepas membelasah Negeri Sembilan 7-0 pada aksi ketiga Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, kelmarin.
Selain ketiadaan ayam tambatan, Bergson da Silva, pengendali JDT, Esteban Solari mengakui anak-anak buahnya berdepan kesukaran kerana tuan rumah berjaya melaksanakan tugas bertahan dengan cukup baik khususnya di babak pertama.
“Saya pasti gembira dan secara keseluruhannya, pemain sudah lakukan apa yang patut mereka buat. Negeri Sembilan adalah pasukan yang bagus dan bertahan dengan baik terutamanya di separuh masa pertama.
“Bukan senang untuk lawan pasukan seperti Negeri Sembilan, namun pemain saya tidak putus asa dan kekal tunjukkan kesungguhan. Kami kekal bersabar, mengambil aksi ini secara serius dan semua pemain juga tahu betapa pentingnya kemenangan ini,” katanya.
Pada perlawanan itu, Fernando Forestieri dan La’Vere Corbin-Ong masing-masing meledak dua gol, manakala tiga lagi dijaringkan oleh Diogo Luis Santos, Arif Aiman Hanapi serta Endrick dos Santos.
Kemenangan besar ini menyaksikan Harimau Selatan memintas Sabah untuk mengepalai carta Liga Super dengan mata maksimum dan kedua-dua pasukan hanya dipisahkan dengan perbezaan jaringan.
“Saya juga harap Leandro Velázquez (berehat) tidak lama kerana dia juga pemain penting sama seperti Bergson,” kata Solari.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... ersiri-drama-7-gol/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|