View: 2574|Reply: 0
|
Damok terpaksa lupakan ujian di Sepanyol
[Copy link]
|
|
Pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman terpaksa 'melupakan' ujian persendirian pasukannya MT Helmets-MSI di Litar Jerez, Sepanyol esok dan Khamis ini.
Syarifuddin yang membuat penampilan sulung secara musim penuh dalam kelas Moto3 di Kejuaraan Motosikal Dunia tahun ini berkata, ia berikutan beliau perlu menunggu masa untuk visa ke Amerika Syarikat (AS) siap sepenuhnya.
"Saya ada di Malaysia (selepas menghadiri pelancaran pasukan minggu lalu), dan pagi ini (semalam) saya sudah selesai untuk urusan visa. Alhamdulillah saya lepas ujian berkenaan (visa)," kata Syarifuddin.
"Saya perlu mengambil masa untuk menunggu siapnya visa berkenaan iaitu tiga ke lima hari. Oleh itu, saya akan terlepas ujian persendirian di Jerez pada 9 dan 10 (Mac) dan di situ. Agak kecewa apabila dapat tahu kena tunggu tiga hingga lima hari untuk visa siap.
"Apapun, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan sentiasa menyokong saya."
Syarifuddin begitupun berpeluang untuk menunggang jentera KTM yang akan digunakannya Kejuaran Dunia nanti pada ujian rasmi Moto3 di Litar Algarve, Portugal dari 17 hingga 20 Mac ini.
Saingan pembuka tirai kempen 2023 dijadual membuka tirai di litar sama dari 24 hignga 27 Mac ini sebelum saingan beralih ke Pusingan 2 di Litar Termas de Rio Hondo, Argentina, 31 Mac hingga 2 April.
Grand Prix (GP) AS kemudian menjadi venue bagi Pusingan 3 dari 14 hingga 16 April ini sebelum beralih ke Litar Jerez, 28 hingga 30 April.
Kempen 2023 menyaksikan sebanyak 21 pusingan perlumbaan berlangsung dengan Malaysia menjadi venue bagi Pusingan 19 dari 10 hingga 12 November ini.
https://www.bharian.com.my/sukan ... n-ujian-di-sepanyol |
|
|
|
|
|
|
| |
|