View: 416|Reply: 0
|
GasGas Tech3 tampil lebih garang
[Copy link]
|
|
ESPARGARO dan Fernandez menunjukkan jentera dengan livery baharu bagi mengharungi saingan MotoGP yang membuka tirai rasmi pada 26 Mac depan di Grand Prix (GP) Portugal. – TECH3
BARCELONA – Pasukan GasGas Tech3 akhirnya memperkenalkan jentera baharu bagi mengharungi Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini dengan corak ‘livery’ baharu bertemakan warna merah garang.
Pengarah pasukan GasGas Tech3, Pit Beirer mengakui sangat teruja melihat jentera baharu pasukan dan percaya semua pihak sudah tidak sabar untuk mengharungi aksi MotoGP yang akan membuka tirai rasmi pada 26 Mac depan di Grand Prix (GP) Portugal.
“Secara peribadi, perjalanan GasGas dalam arena MotoGP sangat panjang kerana kita bermula dengan saingan Moto3. Siapa sangka hanya dua tahun selepas itu kita dapat bersaing dalam kejohanan elit MotoGP.
“Bagi saingan musim ini, saya percaya dua pelumba utama kami, Pol Espargaro dan Augusto Fernandez dapat memberikan cabaran yang diharapkan memandangkan ini adalah kombinasi pelumba junior dan senior.
“Fernandez telah dinaikkan pangkat selepas bergelar juara dunia Moto2 musim lepas dan kita tahu pengalaman Espargaro cukup penting dalam pasukan kami. Saya percaya semua pihak sudah tidak sabar untuk melihat jentera baharu ini di atas litar nanti,” katanya.
Sementara itu, Espargaro optimis jentera GasGas Tech3 pada kempen musim ini dapat memberikan aksi kompetitif dalam mencabar kejuaraan dunia meskipun jangkaan saingan kali ini lebih sengit berbanding musim lepas.
“Livery baharu yang dibuat pada jentera untuk musim ini begitu garang dan ia membuatkan saya tidak sabar untuk mempamerkan prestasi terbaik apabila saingan MotoGP bermula nanti. Pasukan ini mempunyai potensi besar tetapi kita tidak boleh terlalu yakin,” katanya.
– AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... ampil-lebih-garang/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|