CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1396|Reply: 0

Tukang jahit era WFH

[Copy link]
Post time 4-2-2023 10:16 AM | Show all posts |Read mode
Tukang jahit era WFH



JAEDAH (kiri) bersama pekerjanya , Tan Geok Hua (kanan) dan Hong Su Fan sudah mula tidak menang tangan menerima tempahan pelanggan di Bangunan Arked Niaga Slim River. FOTO Rosman Shamsudin



Slim River: Biarpun berbeza agama dan bangsa namun tukang jahit, Tan Geok Hua, 64, dan Hong Su Fun, 50, dan Jaedah Ahmad,62, setia bekerjasama mencari rezeki sejak 10 tahun yang lalu, dekat sini.

Jaedah majikan yang mengusahakan kedai jahitan pakaian wanita dan lelaki manakala Geok Hua dan Su Fun mengambil upah dengan menjahit baju.

Menariknya, semua pakaian yang ditempah oleh pelanggan di kedai jahitan dekat Bangunan Arked Niaga itu memerlukan kerjasama mereka bertiga menyiapkan tempahan pakaian pelanggan selain meraih pendapatan masing-masing.

Tan berkata, dia mempunyai dua pilihan sama ada menyiapkan tempahan pakaian pelanggan di kedai atau work from home (WFH) yakni rumah.

Katanya, walau di mana dia menjahit pakaian tidaklah penting, asalkan pakaian yang ditempah pelanggan siap dalam tempoh yang ditetapkan.

"Jaedah amat memahami tanggungjawab saya iaitu selain bekerja mengambil upah menjahit pakaian , saya juga suri rumah.

"Oleh itu, saya lebih suka menjahit pakaian di rumah sambil melaksanakan tanggungjawab sebagai suri rumah. Kaedah ini memberi ruang kepada saya mencari hasil pendapatan dan pada masa yang sama dapat menjalankan tanggungjawab pada keluarga," katanya.

Dia belajar menjahit pakaian sewaktu bekerja di sebuah kedai jahitan kira-kira 25 tahun lalu.

Berbekalkan pengalaman berkenaan digunakan sepenuhnya dengan mengambil upah menjahit pakaian pula yang kebanyakan kerja terbabit dilakukan di rumah.

Dia berkata, sikap toleransi Jaedah membuatkan dia senang bekerja dan semua tempahan pelanggan dapat disiapkan dalam tempoh yang dimahukan oleh pelanggan.

Manakala, Hong pula berkata, dia juga memilih menjahitkan pakaian yang ditempah pelanggan di rumah dan hanya sesekali sahaja di kedai berkenaan.

Katanya, dia juga memperoleh pengalaman dan ilmu jahitan pakaian selepas bekerja selama 20 tahun di kedai jahitan pakaian dekat pekan Slim River.

"Di rumah, selepas menyiapkan kerja rumah, saya mula menjahit pakaian pelanggan dan semua ini dilakukan secara berselang-seli.

"Sebab itu, saya mampu bertahan lebih 10 tahun ambil upah menjahit daripada Jaedah kerana cara dia memudahkan perjalanan hidup saya," katanya.

Menariknya, walaupun sibuk menguruskan rumah tangga sambil mengambil upah menjahit pakaian namun mereka berdua masing-masing mampu menyiapkan tiga pasang baju setiap sehari.

Pakaian yang sering ditempah oleh pelanggan ialah baju kurung tradisional dan moden bagi wanita serta baju Melayu dan baju kemeja untuk lelaki.

Mereka berdua memperoleh pendapatan kira-kira RM1000 sebulan dan lebih terutama pada musim perayaan Aidilfitri setiap tahun.

Jaedah pula berkata, sebagai majikan dia mempunyai tugas dan peranan sebelum Tan dan Hong menjahit pakaian yang ditempah oleh pelanggan.

Katanya, pada peringkat awal, dia yang mengambil ukuran badan pelanggan dan kemudian akan memotong kain berkenaan sebelum diserahkan kepada dua orang pekerja terbabit.

"Dahulu kerja-kerja ini dilakukan di kedai sahaja, tetapi kini terpaksa juga dilakukan di rumah kerana walaupun Aidilfitri bakal tiba tiga bulan lagi, tetapi orang ramai sudah mula membuat tempahan.

"Ketika di rumah, kerja ini dilakukan secara berselang seli dan kadangkala sehingga larut malam untuk memastikan baju terbabit siap pada tempohnya," katanya.

Upah setiap pakaian yang ditempah hanya RM50 sehingga RM 120 sahaja dan biasanya bergantung kepada jenis pakaian yang ditempah oleh pelanggan.

Tempoh masa untuk menyiapkan pakaian, kadangkala bergantung kepada pelanggan dan untuk pakaian Aidilfitri pula ,pelanggan akan membuat tempahan awal iaitu sekurang-kurang dua bulan menjelang perayaan berkenaan.

"Rezeki mula bertambah apabila saya membuka kedai jahitan di pekan Slim River sehingga saya memerlukan pekerja untuk menyiapkan tempahan pelanggan," katanya.

"Saya bersyukur kedua-dua pekerja saya memang cekap menjahit dan dapat menyiapkan pakaian dalam tempoh yang dimahukan oleh pelanggan," katanya.

Jadi, tidak hairanlah, apabila tiba musim perayaan mereka saling kunjung mengunjungi rumah masing-masing dalam mengeratkan silaturahim.

Walaupun berbeza agama dan bangsa bukanlah penghalang bagi mereka dalam bekerjasama mencari rezeki halal buat keluarga dalam menjalani kehidupan yang serba mencabar masa kini.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ukang-jahit-era-wfh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.653587 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list