View: 1243|Reply: 2
|
Kuala Lumpur bandar kegemaran Dua Lipa
[Copy link]
|
|
DUA LIPA anggap Kuala Lumpur bandar yang unik.
Kuala Lumpur bandar kegemaran Dua Lipa
PENYANYI pop antarabangsa, Dua Lipa mendedahkan dalam banyak-banyak tempat yang pernah dilawatinya, Kuala Lumpur merupakan bandar kegemarannya.
Dua, 28, dalam satu temu bual, Most Requested Live mengakui Kuala Lumpur merupakan sebuah bandar yang unik dan sangat berbekas di hatinya.
“Saya dah pergi banyak tempat tapi saya sangat menyukai Kuala Lumpur. Saya sempat melawat kuil yang sangat hebat dan luar biasa di sana.
“Tempat yang saya lawati itu sangat indah dan amat saya sukai,” ujar pelantun lagu New Rules itu.
Kata Dua lagu, kontinen Asia sememangnya banyak tempat menarik dan memberi pengalaman luar biasa terhadap dirinya.
“Saya rasa setiap kali saya melawat negara Asia, pengalaman tersebut menjadi yang paling hebat saya.
“Sungguhpun begitu, masih banyak lagi tempat yang yang belum berkesempatan untuk saya lawati. Sama juga dengan negara Eropah.
“Bagi saya, setiap negara mempunyai keunikan masing-masing. Sangat berbeza pengalamannya,” ujarnya lagi.
Dua yang berdarah campuran Inggeris dan Albania pernah mengadakan konsert di Malaysia pada tahun 2018 menerusi konsert Dua Lipa Live in Kuala Lumpur Malaysia.- KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... kegemaran-dua-lipa/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
punya la sheols tak berdendam dengan netizen Malaysia yang troll bila sheols panggil ayah dia babi dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
sheols sempat singgah sungei wang kan dulu? ke sheols yang lambai2 kat escalator suria klcc? eh entahlah |
|
|
|
|
|
|
| |
|