View: 389|Reply: 0
|
'Kena kerja lebih di Bangkok'
[Copy link]
|
|
AKSI Ruventhiran cuba melepasi pemain Thailand pada aksi separuh akhir Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. FOTO Aswadi Alias
Kuala Lumpur: Ranjau berliku bakal ditempuh skuad Harimau Malaya dalam misi mempertahankan kelebihan tipis 1-0 di Bangkok, Selasa ini.
Jelas tonggak pertahanan negara, V Ruventhiran, bukan mudah untuk bertahan menentang Thailand terutama apabila bertandang ke tempat lawan nanti.
Dia yang dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam tadi, bagaimanapun yakin dengan percaturan jurulatih Kim Pan-gon dalam usaha menyekat gerakan bahaya lawan.
"Pertama sekali terima kasih kepada jurulatih kerana beri saya peluang bermain dalam perlawanan yang besar.
"Namun perjuangan masih belum selesai kerana masih terdapat satu lagi aksi dan kami perlu bekerja lebih untuk memastikan kami layak ke final. Kami pernah menang menerusi penalti menentang Thailand di Piala Raja Thai (September lalu).
"Saya tidak bermain ketika itu dan ia memberikan saya semangat kerana masih mendapat kepercayaan dari barisan kejurulatihan.
"Memang sukar untuk bertahan ketika berhadapan Thailand dan semuanya berjalan mengikut apa yang dikehendaki oleh barisan kejurulatihan yang banyak memberikan kata-kata semangat," katanya.
Gol tunggal Malaysia diraih menerusi Faisal Halim di minit ke-11 yang juga gol keempatnya dalam kempen Piala AFF kali ini.
Walaupun mencatat kemenangan namun bekalan itu dilihat masih belum cukup 'selamat' buat Malaysia yang berhasrat untuk mara ke pentas final selepas kali terakhir layak pada kempen 2018 lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ja-lebih-di-bangkok |
|
|
|
|
|
|
| |
|