CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1020|Reply: 3

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Syukur & Qana'ah (Merasa Cukup)

[Copy link]
Post time 5-1-2023 04:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by boca120879 at 12-5-2023 02:00 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Abu Nu'man, diceritakan oleh Jarir bin Hazim, daripada Al Hasan, daripada 'Amru bin Taghlib,

"Nabi s.a.w. diberikan suatu harta.
Lantas Nabi s.a.w. berikan kepada sebahagian sahabatnya.
Dan Nabi s.a.w. tidak berikan kepada sahabat yang lain.

Kemudian sampailah berita kepada Nabi s.a.w. bahawa
orang-orang mencela sikap Nabi s.a.w.

Maka lantas Nabi s.a.w. pun bersabda,
"Sesungguhnya, ada orang yang aku beri
dan ada yang tidak aku beri.

Namun yang tidak aku beri,
lebih aku sukai
daripada yang aku beri.

Beberapa orang yang aku beri
kerana hati mereka masih ada keluh kesah dan kegelisahan.

Dan beberapa orang (yang tidak diberi)
yang aku percayakan kepada
kecukupan dan kebaikan
yang telah Allah jadikan dalam hati mereka.

Di antara mereka ialah 'Amru bin Taghlib."

Lantas 'Amru bin Taghlib berkata,
"Aku tidak ingin lagi unta-unta merah
setelah mendengar kalimat Nabi s.a.w. itu."

(Hadith Bukhari no. 6981)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-5-2023 10:00 AM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Ibnu Majah no. 4132
Darjat: Sahih

Diceritakan oleh Abu Bakar bin Abu Syaibah, diceritakan oleh Waki' & Abu Mu'awiyah, daripada Al A'masy, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Lihatlah kepada orang yang lebih rendah
daripada kalian.

Dan janganlah kalian melihat orang yang lebih tinggi
daripada kalian.

Sesungguhnya hal itu lebih baik
agar kalian tidak meremehkan nikmat Allah."

Abu Mu'awiyah berkata,
"(nikmat Allah) atas kalian."

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2023 05:42 PM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Ibnu Majah no. 4207
Darjat: Sahih

Diceritakan oleh Ali bin Muhammad, diceritakan oleh Abu Mu'awiyah, daripada Abu Raja`, daripada Burd bin Sinan, daripada Makhul,
daripada Watsilah bin Al Asqa', daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Wahai Abu Hurairah.

Jadilah kamu seorang yang warak.
Nescaya kamu menjadi manusia yang paling beribadah.

Jadilah kamu seorang yang merasa cukup.
Nescaya kamu menjadi manusia yang paling bersyukur.

Cintailah manusia
seperti kamu mencintai dirimu sendiri.
Nescaya kamu akan menjadi seorang Mukmin.

Perbaikilah hubungan dalam berjiran
dengan jiranmu.
Nescaya kamu akan menjadi seorang yang berserah diri.

Dan kurangkanlah ketawa.
Kerana banyak ketawa
akan mematikan hati."

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2023 11:47 AM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Bukhari no. 5965
Darjat: Sahih

Diceritakan oleh Ahmad bin Yunus, diceritakan oleh Abu Bakr, diceritakan oleh Abu Hashin, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurairah,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Bukanlah kekayaan itu
kerana banyaknya harta.

Akan tetapi,
kekayaan itu adalah kaya hati (merasa cukup)."

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.210507 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list