CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 430|Reply: 0

Ronaldo terima sambutan hangat

[Copy link]
Post time 4-1-2023 10:50 AM | Show all posts |Read mode

Penyerang baharu Al-Nassr, Cristiano Ronaldo, teman wanitanya, Georgina Rodriguez serta anak-anak mereka diperkenalkan kepada penyokong di Stadium Mrsool Park dekat Riyadh. - Foto AFP

RIYADH: Cristiano Ronaldo menggambarkan dirinya sebagai "pemain unik" dan menegaskan bahawa kariernya masih belum berakhir selepas sambutan hangat di kelab baharunya dekat Arab Saudi awal pagi tadi.

Bintang Portugal berusia 37 tahun itu, berkata dia sudah melakukan yang terbaik di Eropah dan laparkan cabaran baharu ketika dia disambut dengan bunga api dan sorakan di stadium milik Al Nassr, Mrsool Park.

Pemenang lima kali gelaran Ballon d'Or selain lima Liga Juara-Juara, menandatangani perjanjian dilaporkan bernilai 200 juta euro (RM931.12 juta) hingga Jun 2025, tidak lama selepas berpisah dengan Manchester United.



Penyerang baharu Al-Nassr, Cristiano Ronaldo diperkenalkan kepada penyokong di Stadium Mrsool Park, Riyadh. - Foto AFP

"Ia bukanlah penamat karier dengan datang ke Arab Saudi. Kerana inilah saya berubah, secara jujur, saya tidak bimbang dengan apa yang diperkatakan orang lain," kata Ronaldo.

"Di Eropah kerja saya sudah berakhir... saya ada terima banyak tawaran di Eropah, banyak di Brazil, Australia, Amerika Syarikat, malah di Portugal," katanya.

"Banyak kelab cuba menandatangani saya tetapi saya memberikan janji untuk kelab ini."







Teman wanita Cristiano Ronaldo, Georgina Rodriguez (dua dari kiri) bersama anak-anak mereka, Cristiano Ronaldo Jr (kanan), Alana Martina (kiri), Mateo (tengah) dan Eva Maria (dua dari kanan) di Stadium Mrsool Park, Riyadh. - Foto AFP

Stadium berkapasiti 25,000 tempat duduk itu meriah apabila Ronaldo, yang memakai jersi kuning dan biru Al Nassr berjalan di padang dan memberi penghormatan buat penyokong.

Teman wanitanya, Georgina Rodriguez yang memakai pakaian tradisional, abaya atau jubah yang biasanya dipakai wanita Arab Saudi, mengikutnya dari belakang bersama anak-anak mereka.

"Saya pemain yang unik. Adalah bagus untuk datang ke sini, saya memecahkan semua rekod di sana (Eropah) dan saya mahu memecah beberapa rekod di sini," kata Ronaldo.

"Saya datang ke sini untuk menang, untuk bermain, untuk bergembira, untuk menjadi sebahagian daripada kejayaan negara dan budaya negara ini," tambahnya. - AFP



Penyokong Al-Nassr hadir pada sambutan memperkenalkan Ronaldo kepada penyokong di Stadium Mrsool Park dekat Riyadh. - Foto AFP



Penyokong Al-Nassr hadir pada sambutan memperkenalkan Ronaldo kepada penyokong di Stadium Mrsool Park dekat Riyadh. - Foto AFP


Penyokong Al-Nassr hadir pada sambutan memperkenalkan Ronaldo kepada penyokong di Stadium Mrsool Park dekat Riyadh. - Foto AFP

https://www.bharian.com.my/sukan ... ima-sambutan-hangat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.037162 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list