View: 382|Reply: 0
|
Pan-gon terkesima aksi Harimau Malaya
[Copy link]
|
|
SERGIO Àguero (kiri) meraikan jaringannya pada aksi terakhir peringkat kumpulan B antara Malaysia menentang Singapura saingan Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil. FOTO Aswadi Alias
Kuala Lumpur: "Ini salah satu aksi terbaik pasukan malam ini."
Itu kata pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon yang akui terkesima dengan aksi menakjubkan anak buahnya dengan membenam Singapura 4-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Kemenangan besar itu meletakkan pasukan mara ke separuh akhir Piala AFF selepas mengumpul sembilan mata untuk muncul naib juara Kumpulan B.
Jelas Pan-gon, perkara paling menggembirakannya selain kemenangan adalah potensi besar yang dipamerkan kesemua pemain.
"Kita boleh lihat gaya permainan dan kesungguhan pemain. Semangat berpasukan dan bekerjasama, itu yang lebih penting…dan ia memberi kegembiraan buat peminat," katanya pada sidang media selepas aksi itu.
Ujarnya lagi, aura penyokong sangat 'power' dan amat membantu melonjakkan motivasi pemain.
"Terima kasih kepada semua penyokong bola sepak Malaysia yang datang ke stadium sokong kami. Ia sebuah tenaga tambahan yang kuat untuk kami beraksi atas nama Malaysia," kata bekas jurulatih Hong Kong dari Korea Selatan itu.
Dalam aksi itu, Malaysia meraih kemenangan menerusi jaringan Darren Lok pada minit 35, Stuart Wilkin (m-51 dan 54) dan Sergio Aguero (m-88).
Di separuh akhir nanti, skuad negara akan menempah pertemuan dengan Thailand.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... aksi-harimau-malaya |
|
|
|
|
|
|
| |
|