CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 349|Reply: 0

Rantai anak Fandi, elak Ilhan jadi pemusnah

[Copy link]
Post time 2-1-2023 02:48 PM | Show all posts |Read mode

Skuad Harimau Malaya perlu merantai Ilhan pada aksi hidup mati menentang Singapura esok.

KUALA LUMPUR: Penyerang tinggi lampai, Ilhan Fandi menjadi senjata utama Singapura yang harus dikawal rapi oleh benteng pertahanan Malaysia pada aksi terakhir Kumpulan B saingan Piala AFF 2022 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok.

Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada anak kepada legenda Singapura, Fandi Ahmad itu dapat diturunkan atau tidak untuk aksi berdepan Harimau Malaya susulan kecederaan lutut yang dihadapinya ketika menentang Vietnam, Jumaat lalu.

Mungkin ia satu berita yang sedikit menggembirakan Harimau Malaya, namun anak buah Kim Pan Gon tetap perlu bersedia sekiranya bintang muda berusia 20 tahun itu sempat pulih daripada kecederaan.

Seandainya Ilhan tidak dapat beraksi, skuad Singa juga masih memiliki penyerang berbisa termasuk pemain berpengalaman, Shawal Anuar yang wajib diberi perhatian sepenuhnya benteng Harimau Malaya.


Shawal menjadi penjaring terbanyak Singapura dalam kempen Piala AFF 2022 ketika ini dengan mengumpul dua gol yang mana dia meledak ketika berdepan Myanmar dan Laos sebelum ini.

Justeru, pemain berusia 31 tahun itu menjadi calon berpotensi untuk menggalas tugas sebagai penyerang utama sekiranya khidmat Ilhan tidak dapat digunakan Singapura.

Seorang lagi penyerang Singapura, Faris Ramli juga termasuk dalam senarai 'buruan' Harimau Malaya berdasarkan keupayaan tinggi dimiliki pemain berusia 30 tahun itu.

Malah, Faris yang meledak gol tunggal ketika Singapura menewaskan Malaysia 1-0 dalam aksi persahabatan pada 2019 turut memiliki pengalaman beraksi dalam Liga Malaysia ketika bersama PKNS dan Terengganu.

Pengalaman itu mungkin sedikit sebanyak membantunya dalam menyesuaikan diri berdepan Malaysia terutama dalam menghadapi tekanan daripada penyokong Harimau Malaya di Stadium Nasional.

Paling utama, benteng Harimau Malaya diketuai Sharul Nazeem Zulpakar perlu lebih berwaspada dengan serangan balas skuad Singa yang dijangka bermain lebih kepada corak permainan bertahan.

https://www.bharian.com.my/sukan ... ilhan-jadi-pemusnah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.071715 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list