CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 380|Reply: 0

Guna situasi bola mati benam Singapura

[Copy link]
Post time 1-1-2023 10:44 AM | Show all posts |Read mode

Mukhairi (dua dari kiri) menjalani latihan bersama rakan sepasukan di Wisma FAM, Kelana Jaya. NSTP/AIZUDDIN SAAD

KUALA LUMPUR: Menjaringkan gol menerusi 'set pieces' atau situasi bola mati menjadi antara strategi yang akan ditekankan Malaysia dalam aksi wajib menang berdepan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini.

Pemain tengah skuad kebangsaan, Mukhairi Ajmal Mahadi menjelaskan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon sentiasa mengingatkan bahawa situasi bola mati adalah penting buat pasukan mendapatkan jaringan.

Justeru, tonggak berusia 21 tahun itu berkata semua pemain harus mempunyai kepercayaan antara satu sama lain dan menggunakan segala peluang untuk membawa Harimau Malaya ke separuh akhir.

"Sepanjang Piala AFF kali ini kita tak jaringkan gol lagi menerusi set pieces, saya harap perlawanan dengan Singapura nanti kami dapat jaringkan gol dari set pieces. Ia penting kerana peluang untuk menjaringkan gol itu lebih tinggi dalam set pieces," katanya.

Harimau Malaya berdepan misi wajib menang dalam aksi terakhir Kumpulan B itu selepas Singapura berjaya mengikat juara dua kali, Vietnam dalam aksi di Stadium Jalan Besar, semalam.

Vietnam dan Singapura berkongsi tujuh mata untuk berada dalam kelompok dua teratas, manakala Malaysia di kedudukan ketiga dengan enam mata.

Selain itu, Mukhairi menegaskan bahawa dia mempunyai impian besar untuk menjaringkan gol penting berdepan skuad Singa seandainya diberi peluang bermain oleh Pan Gon.

Malah, dia optimis bahawa skuad negara boleh menewaskan Singapura walaupun rekod pertemuan terakhir menyaksikan Malaysia tewas 1-2 dalam perlawanan persahabatan pada Mac lalu.

"Bagi saya perlawanan kali ini mungkin berbeza sebab ketika aksi persahabatan dengan Singapura (Mac lalu) adalah kem pertama skuad negara bersama Pan Gon, tapi kali ini kami hadir dengan skuad berbeza.

"Semua pemain boleh menjaringkan gol dan mungkin peluang saya nak jaringkan gol ada, cuma tak berjaya lagi. Insya-Allah berdepan Singapura, kalau ada peluang lagi, saya akan cuba jaringkan gol," katanya.

https://www.bharian.com.my/sukan ... ati-benam-singapura
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.039206 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list