View: 349|Reply: 0
|
Menang atau tersingkir awal
[Copy link]
|
|
FAISAL (tiga dari kiri) tetap bangga dengan rakan sepasukan. FOTO Ihsan Persatuan Bolasepak Malaysia
Kuala Lumpur: Antara hidup dan mati apabila skuad Harimau Malaya ketika ini hanya mempunyai satu saja 'talian hayat' untuk melangkah ke separuh akhir Piala AFF 2022 dengan membelasah Singapura tanpa belas ihsan.
Peluang terbabit hanya datang sekali saja apabila skuad kendalian Kim Pan-gon akan melayan kunjungan skuad Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini dalam aksi terakhir Kumpulan B.
Kapten Harimau Malaya Faisal Halim menegaskan bahawa pasukannya akan bermain mati-matian untuk mengalahkan Singapura, sekali gus mengembalikan harapan yang diletakkan oleh penyokong bola sepak tanah air.
"Sudah tentu lawan Singapura kami akan bagi habis-habisan. Kami ada seminggu untuk rehat, membuat sesi pemulihan untuk kembalikan semula moral serta mental pemain.
"Kami ingin bagi jurulatih Pan-gon gembira semula. Tapi skuad yang kita ada ini orang tak percaya kami boleh berada di mana sekarang, saya tetap bangga dengan rakan sepasukan.
"Kami memang sangat menghormati jurulatih Kim, dia percaya dengan semua pemain yang dia ada dan memberi peluang kepada sesiapa sahaja. Dia tak takut dan tak pilih kasih, jadi lawan Singapura kami akan bagi yang terbaik untuk dia gembira," katanya.
Berdepan Singapura, Harimau Malaya dilihat memiliki kelebihan mendapat rehat panjang kira-kira seminggu selain mendapat suntikan daripada puluhan ribu penyokong yang dijangka membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.
Nasib berbeza dengan Singapura apabila perlu berdepan dengan tempoh rehat yang singkat apabila mereka akan turun beraksi menentang juara dua kali, Vietnam di Stadium Jalan Besar, malam ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tau-tersingkir-awal |
|
|
|
|
|
|
| |
|