CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 385|Reply: 0

Pan-gon mahu teliti insiden penalti kontroversi

[Copy link]
Post time 28-12-2022 10:43 AM | Show all posts |Read mode

PAN-gon pada sidang media. FOTO Bernama

Hanoi: Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon menjelaskan bahawa dia tidak boleh memberikan komen lebih terperinci mengenai insiden penalti kontroversi yang diberikan kepada Vietnam pada aksi Piala AFF di Stadium My Dinh, malam ini.

Pengendali dari Korea Selatan itu berkata, beliau tidak mendapat gambaran jelas mengenai insiden itu dan hanya boleh memberi komen lanjut selepas melihat analisis penuh bagaimana pengadil, Ryuji Sato memberikan penalti kepada Vietnam.

"Sukar untuk memberikan komen kerana saya tidak dapat melihat gambaran yang jelas mengenai situasi itu.


"Saya fikir kami memerlukan analisis penuh untuk melihat situasi berkenaan dan selepas itu kami boleh katakan sesuatu.

"Tapi kami perlu belajar sesuatu mengenai situasi itu. Kami memiliki kelebihan besar apabila beraksi lebih seorang pemain dan kami patut menggunakan kelebihan itu," katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Kontroversi tercetus pada minit ke-59 apabila pengadil dari Jepun itu memberikan sepakan penalti kepada Vietnam selepas Azam Azmi Murad didakwa mengasari Doan Van Hau.

Keputusan pengadil itu cuba dibantah barisan pemain Harimau Malaya kerana tiada kekasaran yang dilihat dilakukan Azam ke atas Van Hau di dalam kotak penalti melainkan berlaku pergelutan dua pemain itu di luar padang selepas kedua-duanya terjatuh ketika merebut bola.

Insiden itu turut menyaksikan perlawanan terhenti kira-kira lima minit dan nasib lebih malang menimpa Harimau Malaya apabila Azam dilayangkan kad merah sebelum Que Ngoc Hai menyempurnakan sepakan penalti.

Aksi di stadium keramat Vietnam itu menyaksikan anak buah Park Hang Seo merekodkan kemenangan 3-0 ke atas Malaysia, sekali gus merampas kedudukan teratas Kumpulan B, berkongsi enam mata bersama Harimau Malaya dan Singapura.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... penalti-kontroversi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.039594 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list