CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 361|Reply: 0

Jangan salahkan Azam - Faisal Halim

[Copy link]
Post time 28-12-2022 10:42 AM | Show all posts |Read mode

REAKSI kecewa pemain kebangsaan selepas tewas pada aksi perlawanan Kumpulan B Piala AFF. -FOTO Bernama

Hanoi: Kapten skuad kebangsaan, Faisal Halim tidak menyalahkan Azam Azmi Murad susulan kekalahan 0-3 Harimau Malaya di tangan Vietnam dalam aksi Piala AFF 2022 di Stadium My Dinh, malam tadi.

Sebaliknya, penyerang berusia 24 tahun itu menegaskan, dia memahami bahawa dalam bola sepak kadang-kadang akan berlaku kesilapan yang boleh menghukum pasukan terutama dalam perlawanan besar.

Pemain baharu Selangor itu berkata, pemain muda seperti Azam tidak harus dipersalahkan, namun perlu diberikan motivasi untuk belajar sesuatu ke arah yang lebih baik dalam masa depan kerjayanya.


"Saya tetap bangga dengan rakan sepasukan kerana mereka berusaha sehabis baik dan memberikan saingan. Namun, kadang-kadang bola sepak kita ada buat kesilapan.

"Kita tak boleh cakap mengenai pengadil. Pengadil buat kerja dia, kita buat kerja kita. Tapi kita ada pemain muda, ada yang perlu belajar benda macam ini.

"Kesilapan boleh menghukum keseluruhan pasukan, tapi saya sebagai ketua pasukan saya tak salahkan rakan, kita perlu berikan semangat dan motivasi. Apa yang penting Azam sudah buat kerja yang baik.

"Tapi itulah satu kesilapan orang kata satu pengalaman dan boleh belajar. Kami semua kecewa, kami datang ke sini untuk menang, kami memang persiapkan diri untuk dapat tiga mata," katanya.

Azam dilayangkan kad merah pada minit ke-62 selepas pengadil dari Jepun, Ryuji Sato mendakwa dia mengasari pemain Vietnam, Doan Van Hau dengan insiden kekasaran itu berlaku di luar garisan padang.

Lebih malang apabila Sato menghadiahkan penalti kepada Vietnam sedangkan Van Hau dilihat terlebih dahului merempuh Azam hingga terjatuh.

Selain itu, Faisal mengakui bahawa dia tidak dapat mempamerkan aksi lebih baik pada perlawanan itu kerana dikawal rapi oleh pemain pertahanan lawan.

"Kalau tengok dari awal permainan kita asak mereka, kita ada peluang, cuma nasib mereka baik apabila dapat peluang dan jaringkan gol," katanya.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-azam-faisal-halim
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.959234 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list