View: 427|Reply: 2
|
Separuh masa: Vietnam 1 Malaysia 0
[Copy link]
|
|
Separuh masa: Vietnam 1 Malaysia 0
Vietnam mendahului Malaysia 1-0 pada babak pertama Piala AFF di Hanoi. - Foto FB ASEAN FOOTBALL
HANOI: Vietnam sedang mendahului Malaysia 1-0 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan B saingan Piala AFF 2022 di Stadium My Dinh, malam ini.
Beraksi dalam cuaca sejuk dan berangin, perlawanan bermula perlahan yang menyaksikan permainan seimbang dipamerkan kedua-dua pasukan dalam 15 minit pertama.
Permainan mula rancak selepas itu dengan Vietnam melakukan beberapa percubaan terutama pada minit ke-20 menerusi rembatan deras Nguyen Hoang Duc yang sedikit tersasar.
Skuad Golden Star Warriors berada di depan sembilan minit kemudian menerusi jaringan penyerang berbisa, Nguyen Tien Linh yang menanduk masuk bola sepak sudut Do Hung Dung.
Kegembiraan Vietnam meraikan jaringan itu bagaimanapun terganggu apabila mereka terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Nguyen Van Toan dilayangkan kad merah pada minit ke-32 susulan kekasarannya ke atas Dominic Tan.
Peluang itu cuba digunakan anak buah Kim Pan Gon untuk sekurang-kurangnya menamatkan babak pertama dengan keputusan seri, namun dua percubaan Mukhairi Ajmal Mahadi pada penghujung permainan berjaya dinafikan oleh kecekapan penjaga gol Vietnam, Dang Van Lam.
Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... ietnam-1-malaysia-0
|
|
|
|
|
|
|
|
lagi mau berangan nk pg WORLDCUP? |
|
|
|
|
|
|
| |
|