View: 310|Reply: 0
|
Klopp puji aksi Bajcetic
[Copy link]
|
|
Klopp puji aksi Bajcetic
Jurgen Klopp (kanan) memuji sikap dan kebolehan pemainnya, Stefan Bajcetic yang menjaringkan gol sulungnya. - Foto AFP
BIRMINGHAM: Jurgen Klopp memuji sikap dan kebolehan pemain 18 tahun, Stefan Bajcetic yang menjaringkan gol sulungnya di peringkat senior ketika kemenangan 3-1 Liverpool di Aston Villa.
The Reds bermula cemerlang pada aksi pertama Liga Perdana Inggeris selepas rehat Piala Dunia dan jurang dengan kelompok empat teratas kini hanya tinggal lima mata.
Mohamed Salah dan Virgil van Dijk meletakkan pelawat di depan sebelum rehat. Namun anak buah Klopp berdepan saat mendebarkan apabila Ollie Watkins merapatkan jurang untuk Villa sebelum Bajcetic menjaringkan gol sebaik dimasukkan.
Pemain Liverpool, Stefan Bajcetic (kanan) menjaringkan gol ketiga ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Aston Villa di Villa Park, Birmingham. - Foto AFP
"Dia amat licik dan tidak risau tentang apa-apa. Dia hanya bermain bola sepak dan dia mampu melakukannya dengan sangat baik.
"Bapanya juga pemain bola sepak jadi ia memang dalam darahnya, tetapi yang mengagumkan ialah sikapnya, sentiasa waspada dan bijak membaca permainan," kata Klopp berkenaan pemain tengah Sepanyol itu, anak kepada bekas pemain Serbia, Srdan Bajcetic.
Liverpool bergelut untuk mengulangi pencapaian mereka beberapa musim lalu di awal musim ini, tetapi tampak berbeza ketika memberikan Unai Emery kekalahan liga pertamanya sejak mengambil alih Villa.
Aksi pemain Liverpool ketika menentang Aston Villa pada aksi Liga Perdana Inggeris di Villa Park, Birmingham. - Foto AFP
Salah antara pemain utama Klopp yang tidak terbabit di Piala Dunia Qatar dan dia hanya memerlukan lima minit untuk menjaringkan gol ke-15nya musim ini.
Bintang Mesir itu menyempurnakan hantaran Andy Robertson selepas lorongan Trent Alexander-Arnold membelah pertahanan Villa.
Anak buah Emery mensia-siakan beberapa peluang untuk menyamakan kedudukan menerusi Leon Bailey dan Watkins.
Van Dijk kemudian melebarkan jurang hasil hantaran Salah untuk Liverpool mendahului 2-0 menjelang rehat.
Di babak kedua, Villa merapatkan jurang menerusi Watkins yang menyaksikan jaringan awalnya dibatalkan kerana ofsaid.
Klopp memasukkan dua pemain remaja, Ben Doak, 17 dan Bajcetic yang menunjukkan kematangan dengan memanfaatkan peluang selepas percubaan Darwin Nunez sekali lagi dinafikan Robin Olsen. - AFP
Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... -puji-aksi-bajcetic
|
|
|
|
|
|
|
| |
|