CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 331|Reply: 0

Vietnam waspada ancaman Harimau Malaya

[Copy link]
Post time 26-12-2022 04:08 PM | Show all posts |Read mode

JURULATIH pasukan Vietnam Park Hang Seo bersama Nguyen Hoang Duc (kiri). -FOTO Bernama

Hanoi: Vietnam berwaspada dengan strategi yang akan direncana ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan Gon menjelang pertembungan kedua-dua pasukan di Stadium My Dinh, esok.

Perancang tengah Vietnam, Nguyen Hoang Duc mengakui tidak mengetahui secara terperinci mengenai taktikal yang digunakan pengendali dari Korea Selatan itu.

Dia berkata, apa yang pasti Pan Gon berjaya melakukan tugas dengan baik apabila meraih banyak pencapaian positif bersama Harimau Malaya.


"Saya baru kenal siapa jurulatih Malaysia pada kejohanan Piala AFF dan berdasarkan dua perlawanan terakhir Malaysia, saya nampak mereka pasukan yang berbeza sekarang.

"Mereka sangat pantas ketika menyerang dan tampil dengan pendekatan berlainan daripada sebelum ini," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Vietnam yang juga juara Piala AFF 2008 dan 2018 memegang status pasukan pilihan utama untuk mara ke separuh akhir selaku juara Kumpulan B.

Berada di kedudukan ke-96 dunia berbanding Harimau Malaya di tangga 145, skuad Golden Star Warriors dianggap memiliki banyak kelebihan terutama beraksi di gelanggang sendiri.

Malah, Vietnam juga sangat memerlukan kemenangan ke atas Malaysia untuk mereka kembali merampas kedudukan teratas Kumpulan B yang kini dihuni Harimau Malaya selepas mengumpul enam mata.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... aman-harimau-malaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.039318 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list