CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 322|Reply: 0

Argentina lancar petisyen "Perancis berhenti menangis"

[Copy link]
Post time 26-12-2022 11:42 AM | Show all posts |Read mode

Argentina muncul juara Piala Dunia 2022 selepas menewaskan Perancis menerusi penentuan penalti. - Foto AGENSI

BUENOS AIRES: Penyokong Perancis masih tidak berpuas hati dengan keputusan final Piala Dunia 2022, di mana mereka tewas penentuan penalti kepada Argentina di Qatar.

Malah satu petisyen turut dimulakan di Perancis bagi mendesak Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) untuk mengadakan semula aksi final berkenaan.

Laman sesawang kaji selidik itu setakat ini sudah mengumpul 200,000 tandatangan membabitkan mereka yang tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan pada aksi final itu.

Bagaimanapun penyokong Argentina segera tampil bagi mempertahankan kemenangan pasukan mereka.


"Jika Perancis sedang mengumpul tandatangan untuk mengadakan semula final Piala Dunia, saya cadangkan kita bersatu dan adakan petisyen supaya warga Perancis berhenti menangis dan menerima (Lionel) Messi adalah pemain terbaik dalam sejarah serta (Kylian) Mbappe adalah anaknya," kata salah seorang penyokong Argentina, Valentin Gomez.

Hanya dalam beberapa jam, petisyen dimulakan peminat Argentina itu sudah mengumpul 30,000 tandatangan.

"Sejak kami menewaskan mereka di final Piala Dunia, Perancis tidak berhenti menangis, merungut dan tidak menerima Argentina sebagai juara dunia.

"Jika bukan kerana Mbappe, mereka tidak mampu mara hingga ke penentuan penalti," kata peminat lain. - AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan ... s-berhenti-menangis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.050435 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list