CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 288|Reply: 0

Ronaldo merajuk lagi

[Copy link]
Post time 7-12-2022 10:52 AM | Show all posts |Read mode

RONALDO menuju ke terowong selepas tamat perlawanan menentang Switzerland di Stadium Lusail. FOTO AP

Doha: Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo meninggalkan rakan sepasukannya yang sedang meraikan kejayaan di atas padang dan berjalan berseorangan menuju ke terowong selepas tamat perlawanan menentang Switzerland.

Portugal menang 6-1 dalam aksi 16 terakhir awal pagi tadi dan akan menentang Maghribi Sabtu ini.

Ronaldo disisihkan pengurus Fernando Santos selepas dia tidak berpuas hati susulan digantikan ketika menentang Korea Selatan.

Santos tidak gembira dengan sikap kaptennya itu dan tidak menurunkannya, sebaliknya memberi peluang kepada pemain muda Goncalo Ramos tampil dalam kesebelasan buat kali pertama.

Ramos membalas kepercayaan itu dengan cemerlang apabila meledak hatrik sambil disaksikan Ronaldo di bangku simpanan.

Bintang veteran dimasukkkan ketika permainan berbaki 17 minit dan kedudukan 5-1. Dia berjaya menjaringkan gol tetapi dibatalkan akibat ofsaid terlebih dahulu.

Ronaldo tidak menunggu lama selepas tamat perlawanan dan menjadi pemain Portugal pertama menuju ke terowong.

Dia sempat melambai pantas ke arah penyokong Portugal sebelum bergegas ke bilik persalinan manakala rakan sepasukan masih lagi bergembira di atas padang.

Selepas tamat perlawanan, Santos menafikan dia menggugurkan Ronaldo kerana mempunyai konflik peribadi dengan bekas bintang Manchester United itu.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... onaldo-merajuk-lagi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.659302 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list