View: 402|Reply: 0
|
Piala Dunia tanpa alkohol disambut positif
[Copy link]
|
|
PENYOKONG yang menyaksikan perlawanan di dalam stadium tidak dibenarkan minum alkohol. FOTO AFP
Doha: Peminat Piala Dunia di Qatar berkata suasana berbeza tanpa alkohol sehinga mencetuskan perasaan berbelah bahagi sama ada ia bagus atau tidak.
Ada yang berpendapat larangan minuman keras di stadium dan penjualan yang terhad di tempat lain di negara Arab menjejaskan suasana di dalam dan di luar stadium.
Namun ada juga berpendapat ia tidak banyak bezanya, malah menambah situasi itu lebih baik kerana ia menjadikan Piala Dunia kali ini lebih mesra keluarga dan kurang agresif.
Penjualan alkohol di stadium Piala Dunia di Qatar diharamkan dua hari sebelum kejohanan namun ia boleh didapati di zon penyokong dan kebanyakan hotel antarabangsa.
"Ia membawa suasana positif kepada Piala Dunia," kata penyokong Ghana, Assenso Ata Peter yang menyaksikan perlawanan antara pasukannya dengan Uruguay.
"Tingkah laku penyokong sangat baik, sangat bagus kerana mereka tidak minum alkohol.
"Jika kita dapat meneruskan budaya ini, kejohanan ini pasti lebih berjaya setiap kali ia dianjurkan," tambah penyokong berusia 40 tahun itu.
Seorang penyokong Korea Selatan, Kang Yong-ki berkata, alkohol sememangnya dilarang dijual ketika perlawanan berlangsung di Korea sekali gus mudah untuknya menyesuaikan diri.
"Saya rasa suasana akan menjadi lebih tegang jika ada penjualan alkohol, tetapi secara amnya ia tidak banyak beza jika ada alkohol atau tidak," katanya yang berusia 45 tahun dari Seoul.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ol-disambut-positif |
|
|
|
|
|
|
| |
|