View: 305|Reply: 0
|
Gol kontroversi Jepun sah - FIFA
[Copy link]
|
|
FIFA menyiarkan imej pandangan sisi yang dapat dilihat sebahagian daripada bola masih kekal di dalam padang dan ia bermakna gol kedua Jepun ketika menentang Sepanyol adalah sah. - Foto Twitter FIFA.com
DOHA: Gol kedua yang dibolosi Sepanyol ketika aksi Kumpulan E menentang Jepun mencetuskan kontroversi.
Liputan perlawanan menunjukkan imej yang mana kelihatan bola tidak melepasi garisan tepi sepenuhnya mengelirukan penonton, sekali gus menyaksikan bantahan Sepanyol dan juga Jerman kerana gol itu bermakna pasukan kendalian Hansi Flick tersingkir.
Berdepan dengan terlalu banyak kritikan berterusan, badan induk bola sepak dunia FIFA menyiarkan imej yang disemak daripada bilik video bantuan pengadil (VAR) untuk memutuskan gol itu sah.
Dalam imej itu, menerusi pandangan sisi, dapat dilihat sebahagian daripada bola berkenaan masih kekal di dalam padang dan ia bermakna gol itu adalah sah.
"Gol kedua Jepun ketika kemenangan 2-1 mereka ke atas Sepanyol diperiksa oleh VAR untuk menentukan sama ada bola keluar daripada permainan atau sebaliknya," ciap FIFA di Twitter.
"Pegawai perlawanan video menggunakan imej kamera garisan gol untuk memeriksa sama ada sebahagian daripada bola masih berada di atas garisan atau tidak."
Untuk menerangkan mengenai penemuan itu secara lebih jelas, FIFA menghasilkan ulang tayang beberapa kali yang mana mereka membuktikan daripada kamera jarak dekat, keseluruhan bola tidak melepasi garisan.
Kemenangan Jepun membolehkan mereka layak ke pusingan 16 sebagai juara kumpulan, Sepanyol di tempat kedua manakala Jerman dan Costa Rica tersingkir. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ersi-jepun-sah-fifa |
|
|
|
|
|
|
| |
|