CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 285|Reply: 0

Piala AFF pengacau, pemain bukan mesin - TMJ

[Copy link]
Post time 1-12-2022 05:10 PM | Show all posts |Read mode
Piala AFF pengacau, pemain bukan mesin - TMJ


PEMAIN JDT menjulang Tunku Ismail selepas pasukan itu memenangi Piala Malaysia, Sabtu lalu. FOTO AIZUDDIN SAAD


Kuala Lumpur: "Piala AFF adalah piala yang mengacau pemain dan jadual pertandingan."

Itu reaksi balas pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mempertahankan tindakan 14 pemain yang menolak panggilan skuad Harimau Malaya menjelang saingan Piala AFF pada 21 Disember ini.

Jelas Tunku Ismail, pemain bola sepak bukanlah 'mesin' yang mampu bermain sepanjang tahun tanpa cuti.

"Pemain tidak menolak (panggilan skuad negara) buta-buta. Mereka sentiasa memberikan komitmen yang tinggi apabila mewakili pasukan kebangsaan.

"Kita boleh tengok dengan persembahan pemain dalam pasukan kebangsaan apabila mereka bermain di setiap pertandingan yang ada dalam kalendar Fifa (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa). Tetapi, pemain juga adalah manusia yang bekerja, berlatih, main semenjak bulan Januari.

"Manusia mana kerja tanpa cuti? Apabila liga atau pertandingan kita rehat, pemain kebangsaan tiada rehat kerana mereka ada latihan pusat selama tiga minggu," katanya di laman sosial miliknya.

Ujarnya, tempoh latihan pusat skuad negara adalah paling lama berbanding negara lain yang hanya mengadakannya selama seminggu saja.

"Kita adalah satu-satunya negara yang latihan pusat paling lama. Negara jiran semua dah ikut konsep Eropah di mana latihan pusat hanya seminggu sebelum perlawanan.

"Piala AFF adalah piala yang mengacau pemain dan jadual pertandingan. Piala AFF habis 15 Januari, bila nak dapat cuti? Satu tahun main bola dan berlatih tanpa henti, cuti hanya 6 hari dalam satu tahun? Pemain bukan mesin," katanya.

Arena Metro sebelum ini melaporkan, 12 pemain yang sebahagian besarnya pemain JDT tidak dapat bersama pasukan negara, sebelum ia disusuli oleh dua pemain dari Kuala Lumpur City FC, Akram Mahinan dan Declan Lambert turut menolak panggilan itu.

Malah, ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon dalam sesi temuramah pada hari pertama latihan pasukan negara turut mengakui ini adalah pengalaman pertama dalam kariernya sebagai jurulatih apabila ada pemain menolak panggilan skuad kebangsaan.

Ketika ini, pasukan negara sedang melakukan persiapan menghadapi dua aksi persahabatan menentang Kemboja dan Maldives pertengahan bulan ini, sebelum saingan Piala AFF bermula hujung bulan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ain-bukan-mesin-tmj

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.066128 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list