View: 945|Reply: 6
|
Buaya Gergasi Baham Budak Umur 8 Tahun Hidup-Hidup, Perut Dibelah Untuk Keluarkan Jasad Mangsa
[Copy link]
|
|
Julio Otero Fernández, 8, dilaporkan telah dibaham hidup-hidup oleh reptilia dengan kepanjangan 3.6 meter itu di hadapan ibu bapanya.
Serangan buaya tanpa belas kasihan itu berlaku kepada seorang kanak-kanak ketika dia pergi memancing bersama ibu bapanya dan empat adik-beradik yang lain di Limón, Costa Rica.
Ibu bapanya, Don Julio Otera dan Margini Fernández Flores hanya mampu melihat anak mereka diheret pemangsa ke dalam air.
Ketika kejadian yang berlaku pada 30 Oktober, kanak-kanak itu sedang bermain di dalam Sungai Matina yang mempunyai kedalaman air paras lutut
Salah seorang adik-beradik mangsa memberitahu mereka melihat buaya itu memenggal kepala kanak-kanak itu dan kemudian membawa badannya ke dalam air.
 Foto: The Sun
Walaupun ia diharamkan di Costa Rica untuk membunuh buaya, penduduk setempat tetap mahukan nyawa dibayar dengan nyawa.
Buaya tersebut dibunuh dan perutnya dibedah, di dalam itu dijumpai rambut dan tulang manusia.
Ibu mangsa mengesahkan rambut dan dua tulang itu milik anaknya. -CARI
Sumber: mStar/The Sun |
|
|
|
|
|
|
|
buaya sungai nil ni memang besar2, kalau setakat budak2 tu sekali telan je |
|
|
|
|
|
|
|
bila baca berita2 gini.. tgk pulak movie2 psl buaya ni.. mmg aku takut nak main kat sungai, laut, tasik semua ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kat tanahair dan negara tetangga pun ada je kes macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
mesti trauma mak pak budak ni tengok anak kena ngap depan mata |
|
|
|
|
|
|
|
sedih aku tgkkes apak da mngis anak dia kena baham tu. tp bukan yg ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|