CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 938|Reply: 8

Gelandangan Pandai Berlakon, Ada Yang Kaya Hidup Senang

[Copy link]
Post time 1-12-2022 08:39 AM | Show all posts |Read mode
Pendedahan demi pendedahan mengenai isu gelandangan yang tidak bekerja, tetapi hidup senang di Kuala Lumpur yang dibongkar Kosmo! selama beberapa hari turut mendapati ada antara mereka yang mempunyai ‘simpanan’ sebanyak RM100,000.


Perkara itu didedahkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memberitahu, ramai gelandangan digelar ‘Mat Berat’ sebenarnya pandai berlakon hidup susah, sedangkan mereka memiliki rumah, kereta dan duit.


Ketika ditemui Kosmo!, seorang sukarelawan sebuah NGO yang enggan dikenali berkata, ada sebahagian gelandangan menerima pelbagai bantuan termasuk wang tunai daripada pelbagai pihak yang simpati dengan nasib mereka.




Sebahagian gelandangan bersama anak-anak mereka ‘bersidai’ di tepi jalan di sekitar Kuala Lumpur untuk menagih simpati orang ramai.





Menurutnya, dia sendiri terkejut apabila ada sebuah keluarga mendapat bantuan hasil kutipan derma hampir RM100,000 selepas kisahnya yang kononnya hidup merempat disiarkan di sebuah rancangan televisyen sekitar tahun 2018.


“Saya dan beberapa NGO lain cuba mendapatkan pihak yang menemu bual mereka itu untuk bertanya bagaimana wartawan bertugas mendapat maklumat yang mendakwa mereka susah.


“Kami tahu siapa mereka, rumah ada, kereta ada, kerja pun ada, tetapi kenapa dalam cerita yang disiarkan kata mereka susah.


“Wartawan itu memaklumkan, semasa dia membuat tinjauan, keluarga tersebut kata mereka tiada rumah, susah, makan pun tak cukup, tetapi itu semua tipu sahaja,” katanya.


Bercerita lanjut, sukarelawan itu memberitahu, ada beberapa teknik yang sering digunakan gelandangan terbabit untuk mengaburi pihak luar agar mudah kasihan serta simpati dengan hidup ‘susah’ mereka terutama yang mempunyai ramai anak.


“Ada isteri yang sanggup kata suami sudah mati, suami hilang dan anak-anak tiada yang tanggung, sedangkan mereka sendiri yang sorok suami supaya tidak nampak keluar bersama.


“Ada yang sanggup sewa bilik kecil semata-mata nak bagi tahu orang luar mereka susah.


“Selain itu, ada juga ibu bapa yang paksa anak turun minta sedekah, merayap sendiri untuk raih simpati orang, sedangkan keluarga itu mempunyai kelengkapan yang cukup untuk hidup,” ujarnya.


Sementara itu, seorang pengawal keselamatan menceritakan, ada seorang individu dilihat sering datang setiap malam seperti orang susah menunggu di celah-celah lorong sehingga bantuan tiba seperti makanan dan pakaian.


Menjadi persoalan, individu tersebut datang dengan menaiki kenderaan jenis Honda yang sememangnya mampu dimiliki oleh golongan senang.


“Saya dah tiga tahun kerja sebagai pengawal keselamatan di sini, memang waktu kerja di antara pukul 7 malam hingga 7 pagi esoknya. Saya lihat mereka ini banyak berlakon kata susah, apa mereka cakap, jangan percaya sepenuhnya.


“Depan orang ini kata susah tak makan, depan orang ini pula kata susah tak ada rumah, apabila orang lain tanya lagi, kata hilang kerja, suami sakit dan macam-macam lagi.


“Saya yang kerja di sini kenal sangat dengan mereka, sebab kita pun ada sembang-sembang juga untuk kenal. Dengan kita mungkin ada yang jujur sebab mereka kenal, kalau orang luar mereka boleh reka cerita,” katanya.




Sumber: Kosmo








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2022 09:13 AM | Show all posts
kalau di kedai-kedai makan, ramai orang2 buta digunakan utk kutip derma...jgn beri kpd mereka
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 10:03 AM | Show all posts
mengemis lg masyuk dari keja. dok tepi jalan je pon, sehari beratus2 boleh dapat. rakyat malaysia ni murah hati sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
kutip 100k.
kehkehkeh pastu ada  nampak dua branak tu duduk condo ar tay kt ampang.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 10:14 AM | Show all posts
kita sedekah je la, selebihnya niat dia tu urusan dia dengan Allah swt - bekap netizen bengap yang jadi enabler…
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 10:18 AM | Show all posts
sbb org2 mcm tu la org yg benar2 susah lagi susah nk dpt bantuan,
tapi selalunya org yg betul2 susah memang payah meminta2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2022 10:28 AM | Show all posts
Dapat duit tapi tak berkat sampai le abg jamil mampos
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 10:40 AM | Show all posts
copy_paste replied at 1-12-2022 10:18 AM
sbb org2 mcm tu la org yg benar2 susah lagi susah nk dpt bantuan,
tapi selalunya org yg betul2 susah ...

setuju. Org yg suka meminta, kaki compain ni mmh hanat.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2024 08:22 AM | Show all posts
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.371431 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list