CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1104|Reply: 16

Mahkamah Tetap Pegawai Bank Perdagang Isteri Untuk Seks Dipenjara 10 Tahun

[Copy link]
Post time 30-11-2022 08:51 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pegawai bank dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu atas pertuduhan memperdagangkan isterinya bagi tujuan eksploitasi seks, Oktober lalu.


Hakim Datin Surita Budin membuat keputusan itu selepas tertuduh lelaki berusia 35 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah memperdagangkan isterinya berusia 35 tahun bagi maksud eksploitasi seks.




Pegawai bank dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu atas pertuduhan memperdagangkan isterinya bagi tujuan eksploitasi seks.





Kesalahan itu dilakukan di sebuah hotel di Kuala Pilah pada 30 Oktober lalu.


Berikutan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda.


Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon hukuman ringan atas alasan telah insaf dan sedang menjalani hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan atas kesalahan di bawah Seksyen 372A(1) Kanun Keseksaan iaitu hidup atas wang hasil daripada persundalan isterinya.


"Saya memohon hukuman penjara berjalan serentak dan hukuman yang sama iaitu tujuh tahun penjara, kalau mahkamah putuskan (hukuman penjara) lebih daripada itu saya mohon digantikan dengan sebatan.


"Saya juga mohon isteri dapat dikeluarkan daripada pusat perlindungan supaya keluarga dapat aturkan dia pulang ke Sabah," katanya.


Selain itu tertuduh turut memohon mahkamah menyerahkan semula tiga barang rampasan iaitu kunci rumah, kunci kereta dan telefon bimbit.


Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi memberitahu kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius dan tidak bermoral selain perlu mengambil kira mangsa adalah isterinya sendiri selain melanggar hak-hak asasi manusia.


Berdasarkan fakta kes, pihak polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah telah menangkap tertuduh yang disyaki menjadi ejen serta 'transporter' dalam menguruskan aktiviti pemerdagangan manusia dengan tujuan mengeksploitasi seks ke atas mangsa.


Hasil siasatan yang dijalankan mendapati tertuduh merupakan suami yang sah kepada mangsa telah memperdagangkan mangsa bagi tujuan eksploitasi seks sejak Julai 2022 bagi tujuan menyelesaikan hutang yang ditanggung.


Sebelum ini Sinar Harian melaporkan tertuduh dihukum penjara tujuh tahun dan tiga kali sebatan atas pertuduhan hidup dengan wang hasil daripada persundalan isterinya pada Oktober lalu.




Sumber: Sinar Harian






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2022 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
hanat punya jantan.. ko yang berhutang ko la jual bontot sendiri utk settlekan hutang.. ni ko lacurkan bini ko plak.. setan betul
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini yg kantoi. Yg tak kantoi ramai je buat bini memacam
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Janganla jadi suami kepada mana mana wanita lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 11:35 PM | Show all posts
bangsa etis
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Ringan la 10 tahun tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2022 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
nape xbeli no ekor jer ..
kwn ofis non muslim dpt 70k mgu lps..jual isteri..nsb la dpt laki gila
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
bangang punya lelaki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2022 05:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila jadi bapak ayam lg masyuk dr pegawai bank
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 06:27 AM | Show all posts
edayildiz replied at 1-12-2022 12:15 AM
nape xbeli no ekor jer ..
kwn ofis non muslim dpt 70k mgu lps..jual isteri..nsb la dpt laki gila

judi 70k masuk neraka jual bini masuk neraka. bezanya pintu mana sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah jadi pegawai bank pun tak manage kewangan, buat tambah duit camne ke. Jual bini lak, lawa kot bininya, selalu yang jual bini ni penagih
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Seksyen 372A(1) Kanun Keseksaan iaitu hidup atas wang hasil daripada persundalan isterinya.

Ada erk akta ni.

Lagi satu laku pulak kerang bini dia.

Mesti sedap gebu. Sabah kan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 08:55 AM | Show all posts
suami patutnya jd pelindung bini
apala nasib kan...dtg2 msia kena jual plk...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 1-12-2022 06:27 AM
judi 70k masuk neraka jual bini masuk neraka. bezanya pintu mana sahaja

at least xsehina jual isteri sendiri kn kakak
masuk neraka tu pandai2 dia la..lgpun dia mmg dh sedia jahat bkn baru jd jahat
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Serupa kes si tikus bendang tu kan dulu masa pkp. dia pun kena tangkap dlm ops ipd kola pilah sebab jadi transporter model budak sabah untuk dilacurkan dan model tu pun katanya dimasukkan ke pusat perlindungan
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 08:04 AM | Show all posts
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2024 08:22 AM | Show all posts
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.073075 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list