View: 1641|Reply: 17
|
Tak Berulat Ke Dalam Tu? Kereta Penuh Sampah Dah Macam Tapak Pelupusan, Pemandu Selamba Buang Cawan Ke Luar Tingkap
[Copy link]
|
|
Sebuah kereta yang dipenuhi dengan sampah sarap macam tapak pelupusan sampah mendapat perhatian ramai.
Dari papan pemuka (dashboard) ke tempat duduk hadapan sehingga ke bahagian tempat duduk belakang, pelbagai jenis sampah dilonggokkan saja di situ.
Menerusi video yang dikongsi di laman sosial, hanya tempat duduk pemandu yang tidak dipenuhi sampah.
Video berdurasi 13 saat itu menunjukkan kereta berkenaan dikesan di sebuah stesen minyak.
Menurut perakam video, 'kereta sampah' itu juga mencuri tumpuan orang di sekeliling.
Berkongsi pengalaman, individu berkenaan turut menyaksikan insiden lain melibatkan pemandu 'kereta sampah' itu yang dianggap pengotor.
Lebih mengejutkan, katanya, pemandu itu juga tanpa segan silu membuang cawan kertas selepas minum air.
" elik tapi benar. Yang tak tahan tu selamba je dia buang bekas air dia minum kat pam minyak pula tu. Sebelah aku dia campak cawan tu," menurutnya dalam keterangan video berserta tanda pagar #manusiapelik.
Tidak dinyatakan lokasi rakaman, namun seorang netizen memaklumkan 'kereta sampah' berkenaan sering dilihat di stesen minyak dekat Seremban, Negeri Sembilan.
Menerusi ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan netizen yang terkejut dengan sikap pemandu terbabit yang membiarkan sampah memenuhi keretanya.
"Tak ada lipas membiak terbang-terbang ke dalam tu?
"Ini kalau kereta dia rosak, dia hantar bengkel pomen pun pening mahu buat kerja. Kena pula kalau rosak air cond.
"Tu baru kereta, belum rumah. Belum lagi tidur dia.
"Dia sedang mengumpul harta karun.
"Weh tak berulat ke kereta dia," demikian antara komen netizen.
Pada masa sama, segelintir netizen bersimpati dengan nasib yang dialami pemandu berkenaan yang berkemungkinan mengalami masalah dalaman sehingga bersikap pengotor.
"Dia mesti sakit. Kasihan dia.
"Kasihan dia mesti depress (tertekan).
"Sakit tu, kena rawat," komen beberapa netizen.-CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesti pemandu tu pengalamai tekanan jiwa..kesiannya |
|
|
|
|
|
|
|
ya, mmg sakit. tp org tu xsedar. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa la yg susah sgt nk buang sampah2 tu.campak je la dlm.tong bukan guna kederat byk pun |
|
|
|
|
|
|
|
1 kereta bau semerbak   |
|
|
|
|
|
|
|
Penah jadi dekat carwash aku pompuan ni anta kereta budak2 terjumpa spende merah disebalik sampahsarap. Ade lagi sorang pulak bulu anj penuh atas seat kereta. Owner dua2 kereta kemahen lawa, wangi. |
|
|
|
|
|
|
|
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...  |
|
|
|
|
|
|
|
Iols respek sgt org yg jaga kete walaupun cankil tapi dalam bersih kemas wangi. Kete iols tak dapat maintain bersih dah beranak pinak ni, hari2 anak2 tabur biskut, pijak seat |
|
|
|
|
|
|
|
idaman sgt kalau kau anak 5 kete bersih wangi..n kete ada 1 jek |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu tengok series hoarder kat tv tu, selalunya kat rumah ini lain dr lain dalam.keta lak. |
|
|
|
|
|
|
|
mental ni kalau x xkan lah camtu |
|
|
|
|
|
|
|
Your information is pretty fascinating. I'll bookmark this blog and check it frequently for quality content slope io |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak mental.
Mungkin sbb dulu2 ibu mengandung sukakan bau sampah bau lipas. |
|
|
|
|
|
|
|
teruknya, tak kan family ke tak tegur |
|
|
|
|
|
|
|
Mental.. aku lak satu sampah pun x leh ada dlm keta. Semua area aku cek |
|
|
|
|
|
|
|
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝
|
|
|
|
|
|
|
| |
|