CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 268|Reply: 0

[Perak] Bandar Teluk Intan dinaiki air, alami fenomena air pasang besar

[Copy link]
Post time 24-11-2022 02:39 PM | Show all posts |Read mode

KENDERAAN melalui jalan yang dinaiki air berikutan fenomena air pasang besar di bandar Teluk Intan pagi tadi. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN


TELUK INTAN: Beberapa kawasan di bandar Teluk Intan dinaiki air pagi ini berikutan fenomena air pasang besar.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati antara kawasan terlibat ialah Jalan Pasar; Jalan Selat; Jalan Mahkota; Jalan Bandar; Jalan Putra; Jalan Pasir Bedamar; Jalan Woo Saik Hong; Jalan Wak Keng Jooi; Jalan Sungai Nibong; Kampung Durian Sebatang; Kampung Kilang Padi; Kampung Beca dan Tanam Eastern Garden .

Selain itu, padang Majlis Perbandaran Teluk Intan; Jalan Mahkamah; Pejabat Pos Teluk Intan; Bangunan SKOM Teluk Intan; restoran Tepian Udang Galah dan Dataran JPS juga dinaiki air.

Ketua  Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Mohd  Ismail Mohd Yunus berkata,  kawasan yang dinaiki air di kawasan bandar adalah kawasan rendah dan ada kawasan dinaiki air sehingga dua hingga tiga kaki.

“Fenomena Air pasang besar bermula berlaku pada 23 sehingga 26 november  ini dan setakat ini tidak ada pemindahan mangsa dilakukan  kerana air surut dengan cepat.

“Di bandar Teluk Intan, air mula naik  pagi ini kira-kira  pukul 6 pagi dan surut pukul  8.30 pagi,” katanya. –UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... a-air-pasang-besar/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.056960 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list