CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 283|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang terus jadi kubu kuat PH

[Copy link]
Post time 20-11-2022 12:28 AM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang terus jadi kubu kuat PH

Oleh Nur Izzati Mohamad - November 20, 2022 @ 12:25am   bhnews@bh.com.my




Guan Eng dan Kon Yeow masing-masing menang di Parlimen Bagan serta Batu Kawan. FOTO NSTP





GEORGETOWN: Pakatan Harapan (PH) mengukuhkan cengkaman mereka di Pulau Pinang apabila mendominasi tujuh daripada 13 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) setakat jam 12 malam ini.

Seperti dijangka, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mempertahankan Parlimen Bagan dengan majoriti besar 49,649 undi apabila meraih 55,797 undi.

Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Naib Pengerusi DAP, Chow Kon Yeow memenangi Parlimen Batu Kawan manakala Parlimen Bukit Mertajam dimenangi Steven Sim, RSN Rayer (Jelutong), Ram Karpal Singh (Bukit Gelugor), Sim Tze Tzin (Bayan Baru) dan Muhamad Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau).

PH turut merampas kembali Parlimen Nibong Tebal menerusi calonnya Fadhlina Sidek dengan memperoleh 42,188 undi menewaskan penyandangnya, Datuk Mansor Othman dan calon Barisan Nasional (BN) serta Bebas.

Dalam pada itu, keputusan tidak rasmi setakat ini menunjukkan PH dilaporkan mengekalkan kemenangan di Parlimen Bukit Bendera menerusi calon baharu, Syerleena Abdul Rashid manakala adik perempuan Guan Eng, Lim Hui Ying menang di Parlimen Tanjong.

Sementara itu, kejutan berlaku di Permatang Pauh apabila penyandangnya, Nurul Izzah Anwar gagal mempertahankan kerusi parlimen itu dalam saingan empat penjuru apabila tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN) dari PAS, Muhammad Fawwaz Mat Jan.

Ketua Penerangan BERSATU, Wan Saiful Wan Jan pula memenangi Parlimen Tasek Gelugor dalam saingan lima penjuru, sekali gus mengekalkan penguasaan PN di kerusi itu.

Keputusan di Parlimen Kepala Batas pula belum diumumkan secara rasmi namun berlaku persaingan sengit antara penyandangnya cari BN, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dengan calon PN, Dr Siti Mastura Muhammad.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.068085 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list