CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 235|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bergaduh ketika mabuk, tiga ditahan

[Copy link]
Post time 16-11-2022 10:01 PM | Show all posts |Read mode
Bergaduh ketika mabuk, tiga ditahan

oleh     SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI    16 November 202     08:09pm






Tangkap layar daripada klip video yang memaparkan beberapa anggota polis sedang bergelut untuk menahan suspek.




GEORGETOWN - Tiga lelaki ditahan selepas didapati terlibat dalam pergaduhan di hadapan sebuah premis hiburan di Love Lane, di sini pada awal pagi, 13 November lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian pergaduhan di hadapan sebuah premis pada jam 3.05 pagi.

Menurutnya, bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan polis dari Balai Polis Central telah ke lokasi kejadian dan mendapati berlaku pergaduhan di situ.

"Kita berjaya menahan tiga lelaki warga tempatan di lokasi kejadian. Suspek bertindak agresif sehingga berlaku pergelutan semasa tangkapan hendak dibuat. Kesemua suspek disyaki berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian.

"Tangkapan berusia lingkungan 29 hingga 31 tahun itu direman tiga hari sehingga 15 November dan diberi jaminan polis. Mereka ini berasal dari Pulau Pinang dan Selangor," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Soffian berkata, semakan mendapati kesemua tangkapan tiada rekod jenayah lampau namun salah seorang daripada mereka positif dadah jenis THC.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh menggunakan senjata. Kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk mendapatkan arahan pertuduhan terhadap kesemua suspek.

"Saya menasihati orang ramai agar tidak menularkan rakaman video berhubung kejadian tersebut di mana-mana laman media sosial bagi mengelakkan sebarang spekulasi," katanya.




Sebelum ini, tular satu klip video berdurasi 52 saat yang memaparkan beberapa anggota polis sedang bergelut ketika menahan beberapa individu di hadapan sebuah premis di pusat bandar di sini.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.059923 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list