View: 1294|Reply: 9
|
Setiap Kali Gaduh Kena Terajang- Suami Diberkas Pukul Muka, Tendang Perut Isteri Di Klang
[Copy link]
|
|
KLANG – Seorang lelaki diberkas selepas memukul muka dan menendang perut isterinya selepas berlaku perselisihan faham di rumah mereka di Taman Sentosa, baru-baru ini.
Suspek berusia pukul 27 tahun ditangkap kira-kira pukul 10.50 malam, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, berdasarkan siasatan kejadian berlaku pukul 10 malam hari sama dengan mangsa berusia 28 tahun turut menerima ugutan sehingga mendatang ketakutan kepadanya.
Katanya, hasil siasatan mendapati bahawa kejadian keganasan rumah tangga itu berulang banyak kali namun mangsa yang merupakan suri rumah tidak membuat laporan polis sebelum ini.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202211/15/181055s2o29q3a23qo483a.png) Gambar Hiasan
“Tindakan suspek telah menyebabkan mangsa bengkak pada muka dan perut mangsa.
“Punca kejadian disebabkan berlaku perselisihan faham antara mereka dengan suspek mempunyai pelbagai rekod lampau atas kesalahaan jenayah serta dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menambah, kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan suspek akan dituduh di Mahkamah Klang, esok.
‘Suspek akan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
“Dalam pada itu, polis menasihatkan orang awam terutama mereka yang telah berumahtangga agar membuat laporan polis segera supaya tindakan sewajarnya boleh diambil mengikut peruntukkan undang-undang,” jelasnya. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
umur 27 dah pukul bini. kalau umur 28 silap2 kena pukul |
|
|
|
|
|
|
|
dulu kan ada kes forumer pakai nick lain dia jadi mangsa dera. kes tu dah selesai, dan dia dapat suami baik. harap2 siapa nak luahkan perasaan dan mohon bantuan gunakan nick baru.
walaupun kaka tahu nick asal kaka tetap hormat privacy forumer suami yang pukul tu tulang macam ikan kering tp baran.
ikut hati nak pijak jantan tak guna. nasib baik bukan kt mexico![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Kt malaysia taboo kalau minta cerai.. Kene bertahan walaupun nyawa hujung tanduk.. Tu yg tgok komen kt fb ade lelaki tu cakap perempuan tu kufur minta cerai.. Die cakap lelaki curang ke ape ke hanya lah dugaan dlm rumah tangga.. Aku cakap la, kalau anak perempuan die kene mcm tu, baru die rasa.. Ataupun die still rasa itu hanya dugaan.. Pg mampos pemikiran mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
itu ler pasei.. entah ajaran mana diorang follow jadi bodo gitu.kalau dah kena pukul, lawan balik, angkat kaki la, report polis sekali. ini tak, asalkan berlaki, malu dengan gelaran janda, dah kenapa.
laki tu pun satu, memang patut lunyai dibelasah orang ramai kalau buat bini beg tinju.
aku ada 3 orang adik perempuan. aku ok je dengan adik2 ipar aku. tapi kalau dapat tau adik aku kena belasah. lari balik rumah ke, sorry beb. memang patah riuk budak2 tu, makan minum guna straw sepanjang hidup. lepas tu aku ke dalam ke ape, lain cerita
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu la pasal, ntah apa2 punya mentaliti. Abah dia la kufur.
|
|
|
|
|
|
|
|
perempuan tu pengundi PH tu |
|
|
|
|
|
|
|
ko tendang balik laki ko tu xleh ke. LEMAH! |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 15-11-2022 07:04 PM
dulu kan ada kes forumer pakai nick lain dia jadi mangsa dera. kes tu dah selesai, dan dia dapat sua ...
Kesianyer forumer tu...hope her life better now... |
|
|
|
|
|
|
| |
|