View: 711|Reply: 0
|
Rapat Semacam Tapi Nabila Maharani Elak Jawab Status Hubungan Dengan Tri Suaka
[Copy link]
|
|
Sering menunjukkan kemesraan di media sosial, penyanyi Nabila Maharani dilihat masih belum bersedia untuk berkongsi status hubungannya dengan rakan baik iaitu Tri Suaka.
Sebaliknya Nabila memilih untuk berdiam diri dan hanya memberitahu hubungan mereka rapat seperti yang dipertontonkan di dalam media sosial sahaja.
IG Nabila
“Tak mampu nak jawab la saya soalan tu.
“Kami rapat seperti yang dapat dilihat di media sosial,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu Nabila turut berkongsi mengenai kariernya sebagai pencipta lagu.
“Ya, lagu Pijar Hati saya tulis dan buat sendiri.
“Masih ada lagi lagu yang belum diterbitkan dan saya sudah ada 13 single,” ujarnya.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
| |
|