View: 1558|Reply: 4
|
Baru 6 Bulan, Nikita Willy Biar Anak Makan Paha Ayam Sendiri
[Copy link]
|
|
Tindakan pelakon Nikita Willy mula mengajar anak lelakinya, Issa Djokosoetono makan sendiri meskipun baru berusia enam bulan menarik perhatian warganet.
Lebih memeranjatkan apabila Nikita memberikan makanan keras termasuk ayam, brokoli dan mi kepada bayinya itu.
TikTok
Kapan Lagi melaporkan, cara didikan pelakon itu mendapat pelbagai reaksi peminat termasuk ada yang kagum melihat Issa berselera setiap kali menikmati hidangan yang disediakan.
Tidak kurang melahirkan rasa bimbang kerana merasakan makanan yang diberikan tidak sesuai untuk bayi berumur enam bulan selain bimbang Issa akan tercekik.
IG Nikita
Nikita turut berkongsi perjalanan tumbesaran dan pemakanan bayinya itu bersama pengikutnya di Instagram.
Difahamkan, cara didikan ini dikenali sebagai baby led weaning (BLW) bertujuan supaya si bayi boleh makan makanan padat dan tidak hanya bubur semata-mata.
Antara makanan diberi adalah seperti brokoli, ayam, kentang, avokado, telur dan salmon.
Terdahulu, Nikita pernah berkongsi alasan mengapa dia memilih untuk melahirkan anak di luar negara. Ia bukan sekadar untuk bergaya dan menunjukkan kemewahan tetapi pelakon ini ingin menikmati waktu berpantang tanpa kehadiran tetamu.
Sumber: mStar
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dah ada gigi ke bg mkn ayam goreng seketul gitu? klu dilenyek mcm kentang ke carrot ke ok lg. comel baby dia |
|
|
|
|
|
|
|
bukan masalah tercekik je, perut anak tu baru je nak belajar hadam makanan… jahanam perut terus dapat makan keras2… ni stok bodo macam mak bagi baby baru lahir makan bubur nasi… |
|
|
|
|
|
|
|
kecik sgt lagi tuhh nak suruh mkn suap sendiri. waduh2 kesian anak ini |
|
|
|
|
|
|
|
Indon ni mmg pelik2 ye perangai. Td pi jumpa ex cleaner, baby baru 5bln. Dia dah suap bubur dr umo 2 bln katanya |
|
|
|
|
|
|
| |
|