CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 322|Reply: 0

[Perak] 3 lelaki ditahan jual pakaian berjenama tiruan dalam talian

[Copy link]
Post time 13-10-2022 10:55 AM | Show all posts |Read mode

PAKAIAN dan kelengkapan sukan seni bela diri berjenama terkenal tiruan yang dirampas di Kawasan Perindustrian Anson. FOTO Ihsan KPDNHEP TELUK INTAN

Teluk Intan: Tiga lelaki disyaki terbabit dalam aktiviti penjualan pakaian, peralatan dan kelengkapan sukan seni bela diri berjenama terkenal tiruan secara dalam talian ditahan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Ketiga-tiga mereka di dalam operasi di sebuah premis perniagaan di Kawasan Perindustrian Anson di sini semalam.

Pengarah KPDNHEP Perak, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, operasi bermula kira-kira jam 12.40 tengahari itu hasil risikan selama dua minggu yang dijalankan oleh anggota penguat kuasa terhadap premis berkenaan.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDNHEP Teluk Intan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah, Mohd Badrul Hisham Ahmad Alias melaksanakan operasi membanteras aktiviti penjualan barang tiruan di premis berkenaan.

"Hasil pemeriksaan di premis itu mendapati ia adalah gudang perniagaan yang menjual pakaian, peralatan dan kelengkapan sukan seni bela diri berjenama terkenal yang disyaki tiruan secara dalam talian.

"Pihak KPDNHEP Teluk Intan menahan tiga lelaki warga tempatan berusia 30-an iaitu dua pekerja dan seorang pemilik perniagaan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Saifullizan berkata, berdasarkan siasatan awal, syarikat berkenaan sudah beroperasi selama dua tahun.

"Bekalan barangan berjenama terkenal itu diperoleh dari China. Harga yang dijual bagi setiap barangan bermula dari RM7 sehingga RM49 dan keuntungan yang diperoleh mencecah RM34,000 sebulan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut bertindak menyita pakaian, peralatan dan kelengkapan sukan seni bela diri berjenama terkenal yang secara keseluruhannya bernilai RM80,192.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya bagi maksud perdagangan atau pengilangan barang cap dagangan dipakaikan dengan salah.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tiruan-dalam-talian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.051649 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list